Penstrataan atau stratifikasi air berlaku apabila jisim air dengan ciri berlainan - kemasinan (haloklin), pengoksigenan (kemoklin), ketumpatan (piknoklin), suhu (termoklin) - daripada lapisan yang bertindak sebagai sawar air bercampur yang boleh membawa kepada anoksia atau euksinia.[1] Lapisan-lapisan ini biasanya tersusun menurut ketumpatan, dengan jisim air paling kurang tumpat terletak di atas lapisan-lapisan lebih tumpat.

Lapisan akuatik
Pelagik
   Foto
      Epipelagik
   Afoto
      Mesopelagik
      Batilpelagik
      Abisopelagik
      Hadopelagik
Demersal
Bentos
Penstrataan
Piknoklin
   Isopiknal
   Kemoklin
      Haloklin
   Termoklin
      Termohalin
Habitat marin
Penstrataan tasik
Ekosistem akuatik
Perikanan liar

Penstrataan air juga mewujudkan sawar percampuran di antara lapisan. Ini boleh mempengaruhi pengeluaran utama di sesebuah kawasan dengan mengehadkan proses fotosintesis. Apabila nutrien dari bentos tidak boleh bergerak ke atas ke zon foto, fitoplankton mungkin dihadkan oleh ketersediaan nutrien. Pengeluaran utama lebih rendah juga membawa kepada daya cipta bersih lebih rendah di dalam air.[2]

Peredaran berskala besar jisim air terstrata secara mendatar, dipanggil peredaran termohalin, beralku di lautan. Seluruh corak peredaran memakan masa kira-kira 2000 tahun[perlu rujukan].

Faktor perumit sunting

Penstrataan mungkin diganggu oleh gelora. Ini mencipta lapisan campuran air. Bentuk gelora mungkin termasuk geseran permukaan laut-angin, julang air dan junam air.

Marshall et Al. (2002) mencadangkan bahawa pusar baroklin (kebaroklinan) mungkin merupakan faktor penting dalam pengekalan penstrataan.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Miller, Charles B. (2004). Biological Oceanography. Blackwell Publishing.
  2. ^ Iriarte, J.L. (2007). "Spatial and temporal variability of chlorophyll and primary productivity in surface waters of southern Chile (41.5E, 43S)". Estuarine, Coastal and Shelf Science. 74 (3): 471–480. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Marshall, John (2002). "Can eddies set ocean stratification?". Journal of Physical Oceanography. 32 (1): 26–32. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)