Puting adalah tonjolan kawasan tisu pada permukaan payudara yang mana, pada wanita, susu meninggalkan payudara melalui saluran lactiferous untuk memberi makan kepada bayi.[1][2] Susu itu boleh mengalir melalui puting secara pasif atau ia boleh dikeluarkan melalui kontraksi otot licin yang berlaku di sepanjang sistem duktus. Puting dikelilingi oleh areola, yang sering warna yang lebih gelap daripada kulit sekelilingnya.[3] Ia turut merujuk kepada struktur dari mana cecair keluar. Lebih khusus lagi ia adalah tonjolan pada buah dada mamalia dari mana susu ibu disalurkan kepada anaknya. Pada manusia, puting kedua-dua lelaki dan perempuan boleh dirangsang sebagai sebahagian daripada rangsangan seksual.

Puting
ڤوتيڠ
Puting, areola dan payudara wanita manusia.
Butiran
Sebahagian daripadaPayudara
Pengenalpastian
nama bahasa Latinpapilla mammaria
MeSHD009558
TAA16.0.02.004
FMAFMA:67771
Terminologi anatomi

Anatomi sunting

 
Payudara: keratan rentas kelenjar mama:

Dari segi anatomi mamalia, puting atau papila mamalia merupakan tonjolan kecil kulit yang mengandungi bukaan bagi 15-20 kelenjar lactiferous yang diatur berkeliling sekitar muncung. Kulit puting adalah kaya dengan bekalan saraf khusus yang sensitif kepada rasangan tertentu. Tujuan physiologi puting adalah bagi menyalur susu kepada anak kecil, yang dihasilkan dalam kelenjar mamalia betina semasa penyusuan. Dalam jantina jantan, puting sering kali dianggap tidak berfungsi berkait dengan penyusuan, sungguhpun penyusuan jantan adalah mungkin. Anak mamalia memiliki firasat asas (menggerakkan kepala mereka agar mengalih mulut mereka ke arah apa jua yang menyentuh muka mereka) bagi mencari puting, dan firasat menghisap bagi mengeluarkan susu.

Dalam mamalia jantan sunting

 
Puting manusia lelaki

Hampir semua mamalia mempunyai puting. Mengapa lelaki mempunyai puting telah menjadi subjek penyelidikan saintifik. Perbezaan antara jantina (dipanggil dimorfisme seks) dalam spesies tertentu dianggap oleh ahli biologi evolusi yang kebanyakannya hasil pemilihan seks secara langsung atau tidak langsung. Terdapat konsensus umum bahawa puting lelaki wujud kerana tidak ada kelebihan tertentu kepada lelaki yang kehilangan sifatnya (ini dipanggil spandrel).[4][5][6]

Fungsi sunting

 
Seirang bayi menyusu
 
Puting Silikon digunakan untuk botol susu bayi.

Tujuan fisiologi puting adalah untuk memberikan susu kepada bayi, yang dihasilkan dalam kelenjar susu ibu semasa penyusuan. Semasa menyusu, rangsangan puting oleh bayi akan merangsang perembesan oksitosin dari hipotalamus. Oksitosin adalah hormon yang bertambah semasa kehamilan dan bertindak pada payudara untuk membantu menghasilkan refleks penghasilan susu. Rembesan oksitosin dari rangsangan puting susu menyebabkan rahim mengecut walaupun selepas melahirkan anak.[7][8] Pengecutan uterus yang kuat yang disebabkan oleh rangsangan puting ibu membantu pengecutan rahim untuk menahan arteri rahim dari pecah. Penguncupan ini diperlukan untuk mengelakkan pendarahan selepas kelahiran.[9]

Apabila bayi menyedut atau merangsang puting, kadar oksitosin meningkat dan otot-otot kecil dalam payudara mengecut dan memindahkan susu melalui saluran susu. Hasil rangsangan puting oleh bayi baru lahir membantu menggerakkan susu ibu keluar melalui saluran dan kepada puting. Penguncupan susu ini dipanggil "refleks let-down."[10] Menghisap merujuk kepada bayi mengancing ke puting untuk penyusuan. Posisi yang baik adalah apabila bahagian bawah areola (kawasan di sekitar puting susu) berada di dalam mulut bayi dan puting ditarik ke dalam mulutnya. Hisapan yang tidak baik akan menyebabkan rangsangan puting yang tidak mencukupi untuk mencetuskan refleks let down. Puting susu tidak dirangsang dengan baik apabila bayi menghisap terlalu dekat pada hujung puting. Hisapan yang tidak baik ini boleh menyebabkan puting sakit dan retak dan keengganan ibu untuk terus menyusu.[11][12] Selepas kelahiran bayi, bekalan susu meningkat berdasarkan rangsangan yang berterusan oleh bayi. Jika bayi meningkatkan masa penyusuan pada puting susu, kelenjar payudara bertindak balas terhadap rangsangan ini dengan meningkatkan pengeluaran susu.

Rujukan sunting

  1. ^ "nipple". Dicapai pada 4 August 2017 – melalui The Free Dictionary.
  2. ^ Hansen 2010, m/s. 80.
  3. ^ "nipple - Taber's Online". www.tabers.com. Dicapai pada 12 August 2017.
  4. ^ Lawrence, Eleanor (5 August 1999). "Why do men have nipples?". Nature News (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1038/news990805-1.
  5. ^ Burke, Anna (July 19, 2017). "Do Male Dogs Have Nipples?". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ Simons, Andrew M. (January 13, 2003). "Why do men have nipples?". Scientific American (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ Henry 2016, m/s. 117.
  8. ^ "Glossary - womenshealth.gov". womenshealth.gov. 2017-01-10. Dicapai pada 12 August 2017.  Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  9. ^ Abedi, P; Jahanfar, S; Namvar, F; Lee, J (27 January 2016). "Breastfeeding or nipple stimulation for reducing postpartum haemorrhage in the third stage of labour". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 1 (1): CD010845. doi:10.1002/14651858.CD010845.pub2. PMID 26816300.
  10. ^ "Guide to breastfeeding" (PDF). www.womenshealth.gov. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-10-17. Dicapai pada 2019-07-09.
  11. ^ "Breastfeeding checklist: How to get a good latch". WomensHealth.gov. 2017-06-09. Dicapai pada 4 August 2017.  Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  12. ^ "Common questions about breastfeeding and pain". womenshealth.gov. 2017-06-09. Dicapai pada 4 August 2017.  Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.