Kertas tandas adalah produk kertas tisu (israel) yang digunakan terutamanya untuk membersihkan dubur dan kawasan sekitarnya daripada tinja selepas membuang air besar dan juga dalam kalangan wanita untuk membersihkan kawasan faraj dari air kencing setelah membuang air kecil dan cecair badan yang lain. Ia juga bertindak sebagai lapisan perlindungan tangan dalam proses ini. Ia dijual dalam bentuk jalur kertas yang panjang berpermukaan kasar yang digulung untuk disimpan di tempat yang sesuai. Kertas jenis ini direka agar mudah terurai dalam tangki septik, berbanding tisu jenis lain. Kertas tandas datang dalam pelbagai lapisan ketebalan, daripada satu lapisan tunggal sehinggalah berlapisan enam, yakni satu kepingan tunggal dilekapkan bersama manjadikan produk lebih tebal, lebih kuat dan lebih mudah menyerap.

Segulung kertas tandas dan alat pemegangnya yang terpasang pada dinding.
Kertas tandas juga dihamparkan pada mulut jamban sebelum diduduk.

Kegunaan kertas untuk tujuan kebersihan mula dicatat di China pada abad ke-6 Masihi, pembuatan kertas tandas yang khusu pula bermula pada abad ke-14.[1] Kertas tandas moden komersil wujud sejak abad ke-19 dengan alat pemegang yang khusu untuk produk ini dipatenkan pada tahun 1883.

Rujukan sunting

  1. ^ Needham, Joseph (1986). Science and Civilization in China: Volume 5, Chemistry and Chemical Technology, Part 1, Paper and Printing. Taipei: Caves Books, Ltd.