Ki Hong Lee (lahir 30 September[1] 1986) ialah seorang pelakon Korea-Amerika. Beliau terkenal dengan watak Minho dalam The Maze Runner[2] dan Paul dalam The Nine Lives of Chloe King.[3] Lee juga menduduki kedudukan #4 Lelaki Paling Seksi 2014 menurut majalah People.[4] Majalah dalam talian Marie Claire memasukkannya sebagai salah seorang dari sepuluh pelakon "Yang Akan Membuat Anda Mencair pada 2015." [5]

Ki Hong Lee
Kelahiran
Lee Ki Hong

(1986-09-30) 30 September 1986 (umur 37)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
Nama Korea
Hangul이기홍
Perumian SemakanI Gi-hong
McCune–ReischauerYi Ki-hong

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Ki Hong Lee dilahirka di Seoul, Korea Selatan. Beliau dibesarkan di sana sehingga usia 6 tahun, ketika beliau dan keluarganya berpindah ke Auckland, New Zealand, di mana beliau mempelajari bahasa Inggeris. Dua tahun kemudian, ketika Lee berusia sekitar 8 tahun, beliau dan keluarganya berpindah ke Los Angeles. Beliau tinggal di California Selatan sepanjang hidupnya, sebelum melanjutkan pendidikan tinggi di UC Berkeley untuk ijazah di bawah kelulusannya dari 2008 hingga 2012. Selepas tamat belajar, beliau bekerja di restoran milik keluarganya.

Kerjaya sunting

Pada tahun 2010, Lee memulakan kerjaya lakonan dengan menjadi pelakon undangan dalam siri televisyen Victorious, The Secret Life of the American Teenager, dan Modern Family.[6] Pada tahun 2011, beliau memegang watak Paul dalam rancangan ABC Family The Nine Lives of Chloe King. Beliai juga muncul dalam beberapa filem pendek Wong Fu Productions, seperti sebagai Ben dalam Away We Happened (2012), She Has A Boyfriend (2013) yang ditonton 4 juta kali dan This Is How We Never Met (2013). Beliau meraih kejayaan setelah memegang watak sebagai Minho dalam The Maze Runner (2014).

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 All in All Jeremy Filem pendek
2012 Take It Slow Brian Filem pendek
2012 Fratervention: The End of Bro'ing Out Keith Filem pendek
2012 Away We Happened Ben Filem pendek, keseluruhan episod
2013 This Is How We Never Met Boy Filem pendek
2013 The Master Chef John Suh Filem pendek
2013 Somewhere Like This Pasangan Filem pendek
2013 Yellow Face BD Wong Filem pendek
2013 To Those Nights Teman Bar Elijah Filem pendek
2013 She Has a Boyfriend Frank Filsm pendek
2014 This Time Manny Filem pendek
2014 The Maze Runner Minho
2015 The Maze Runner: Scorch Trials Minho
2015 The Stanford Prison Experiment Gavin Chan

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2010 Victorious Clayton "Robbie-Razzi"
2010 The Secret Life of the American Teenager Pelajar #2 1 Episod
2010 Modern Family Busboy 1 Episod
2011 The Nine Lives of Chloe King Paul 10 Episod, watak utama
2011 New Girl Hector 1 Episod
2012 The Client List Delivery Guy 1 Episod
2012 Always You James
2012 MotherLover Chaz Seong 6 Episod
2013 Blue Bloods David Lin 1 Episod
2015 The Whispers Peter Kim 1 Episod

Rujukan sunting

  1. ^ "haha sept. 30". Twitter. 31 Ogos 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
  2. ^ Taylor, Ella (9 September 2014). "Film Review: 'The Maze Runner'". Variety. Dicapai pada 14 September 2014.
  3. ^ Lowry, Brian (15 Jun 2011). "Review: 'The Nine Lives of Chloe King'". Variety. Dicapai pada 14 September 2014.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-08. Dicapai pada 2020-07-16.
  5. ^ http://www.marieclaire.com/celebrity-lifestyle/10-actors-who-are-going-to-make-your-ovaries-melt-in-2015-1
  6. ^ 'Nine Lives of Chloe King' Co-Star Ki Hong Lee on Avoiding Stereotypes

Pautan luar sunting