Kijang Emas Malaysia ialah syiling bulion emas rasmi Malaysia dan ditempa oleh Royal Mint of Malaysia. Ia pertama kali dikeluarkan pada 17 Julai 2001.[1] Malaysia adalah negara ke-12 di dunia yang mengeluarkan syiling bulion emasnya sendiri.[2]

Kijang Emas mempunyai ketulenan emas 999.9 ketulenan milesimal atau 24 karat. Syiling datang dalam denominasi RM200, RM100 dan RM50 yang merupakan nilai muka nominal, dan masing-masing mempunyai berat 1 oz, ½ oz dan ¼ oz. RM ialah tatatanda bagi ringgit Malaysia.

Harga belian dan jualan semula Kijang Emas ditentukan oleh harga pasaran emas antarabangsa semasa.[3]

Sejarah sunting

Kijang Emas Malaysia pertama kali ditempa pada Disember 2000 oleh Royal Mint of Malaysia. Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Julai 2001.

Malaysia ialah negara ke-12 di dunia yang mengeluarkan syiling bulion emasnya sendiri, dan menyertai barisan Daun Maple Emas Kanada, Helang Emas Amerika, Nuget Emas Australia dan Krugerrand Afrika Selatan.

Denominasi sunting

Denominasi Berat Ketulenan Emas Diameter
RM200 1 oz 9999 37.00 mm
RM100 ½ oz 9999 28.00 mm
RM50 ¼ oz 9999 22.00 mm

Reka bentuk sunting

Reka bentuk pada bahagian hadapan Kijang Emas menggambarkan seekor muntiacus ("kijang") di habitat semula jadinya di dalam hutan Malaysia. Turut tertera pada bahagian hadapan ialah perkataan BANK NEGARA MALAYSIA, untuk bank pusat Malaysia sebagai pengeluar syiling; KIJANG EMAS; berat; ketulenan emas; dan tahun penempaan.

Bahagian belakang menampilkan bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia bersama nilai muka denominasi, serta perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dalam tulisan Jawi.

Penentuan harga sunting

Harga belian dan jualan semula Kijang Emas ditentukan oleh harga pasaran emas antarabangsa semasa. Sebagai contoh, pada 18 Januari 2008, syiling ditawarkan untuk dijual pada harga RM3,052, RM1,555 dan RM792 untuk 1 oz, ½ oz dan ¼ oz masing-masing, apabila harga emas di pasaran ialah AS$879 (RM2,916).) setiap auns troy.[4]

Kijang Emas dijual secara runcit oleh Maybank di Malaysia.

Rujukan sunting

  1. ^ Speech by Prime Minister of Malaysia at the Launching of Kijang Emas
  2. ^ Bank Negara Malaysia website Diarkibkan 2012-01-07 di Wayback Machine
  3. ^ "Kijang Emas as an Investment". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-18. Dicapai pada 2008-01-20.
  4. ^ Kijang Emas Daily Market Price

Pautan luar sunting