Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra

Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra merupakan sebuah pusat tingkatan enam mod 1 yang terletak di Jalan Kalabakan, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.

Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam
Lokasi
Jalan Kalabakan, Sabak Bernam, Selangor
Malaysia
Maklumat
MotoMeneroka Potensi, Merealisasi Impian
Nombor sekolah03-3216 1394
Kod sekolahBEB6044
Pengerusi PIBGYBhg. Dato' Hj.Mohd Fasiah bin Hj. Mohd Fakeh
PengetuaMohd Subhi bin Marsan
GPK Pentadbiran dan AkademikHapijah binti Marwi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAbdullah bin Ali
Penolong Kanan KokurikulumMohd Rustan Effendie bin Ismail
Faks03-3216 1810
Laman sesawang


Sejarah sunting

Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada November 2013, kementerian telah meluluskan dua fokus utama pendidikan Tingkatan Enam iaitu berkaitan pengoperasian premis dan pakaian.

Maka dengan itu, pada Januari 2015, lahirlah sebuah Sekolah Pusat Tingkatan Enam (PTE) yang ulung di Daerah Sabak Bernam. PTE ini telah memulakan sesi pertamanya pada awal tahun 2015 secara Mod 2. Penubuhannya adalah bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar lepasan SPM dari seluruh daerah Sabak Bernam untuk melanjutkan pelajaran dengan sistem tingkatan enam yang berimej baharu.

PTE di Daerah Sabak Bernam dimulakan di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam. Pada Januari tahun 2015, operasi PTE bermula dengan seramai 70 orang pelajar lelaki dan 125 pelajar perempuan dalam tingkatan enam atas. Jumlah keseluruhan pelajar pada ketika itu adalah seramai 195 orang. Pelajar-pelajar digabungkan dari 7 buah sekolah harian biasa di seluruh daerah Sabak Bernam iaitu :

1. SMJK Yoke Kuan 2. SMK Dato’ Mustaffa 3. SMK Bagan Terap 4. SMK Seri Bedena 5. SMK Munshi Abdullah 6. SMK Ungku Aziz 7. SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Apabila Mod 1 mula dilaksanakan pada Januari tahun 2016, pelajar tingkatan enam di SMK Sungai Besar telah menyertai kolej ini.

Pengoperasian Tingkatan Enam Mod 2 di SMK Tunku Abdul Rahman Putra pada awalnya berkongsi bumbung dengan pelajar-pelajar Arus Perdana Tingkatan 3, 5 dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang merupakan pelajar asal di sekolah tersebut.

Sekolah ini telah sepenuhnya menjadi Kolej Tingkatan Enam (KTE) apabila murid-murid arus perdana mulai berpindah ke sekolah berhampiran iaitu di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam pada tahun 2016 dan diikuti oleh murid – murid PPKI pada tahun 2017.

Pada awal penubuhan PTE ini, pengetua pertama yang terlibat ialah Tn. Haji Hamin bin Dorani dengan dibantu oleh Pn. Hapijah binti Marwi sebagai Penolong Kanan Tingkatan Enam. Selepas Tn. Haji Hamin bin Dorani bersara wajib pada 6 Mac 2015, jawatan pengetua telah diisi oleh Encik Mohd Jaluli bin Haji Yahaya yang memulakan tugas rasmi mulai 16 April 2015 hingga Disember 2018. Mulai Disember 2018, Pn. Hjh. Noraini binti Hj Ibrahim telah menjadi pengetua di kolej ini sehingga kini.

Pada 23 Mei 2016, Sekolah Pusat Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra dengan rasminya bertukar nama kepada Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra atau singkatannya KiSTARP.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra
Jalan Kalabakan,
45200, Selangor,
Malaysia.
Telefon: 03-3216 1394
Fax: 03-3216 1810

Pautan luar sunting