Kolej Vokasional ERT Setapak


Awal penubuhannya terdapat 6 buah kelas sahaja dengan 224 orang pelajar daripada 258 tawaran. Sekolah ini dikelaskan dalam Gred B tetapi pada tahun 1996 dinaikkan kepada Gred A.

Pada tahun 2002, dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Teknik ERT Setapak. Matapelajaran baru aliran Teknik diperkenalkan iaitu Pengurusan Makanan dan Pengajian Pakaian. Mata pelajaran akademik yang baru ditawarkan pula ialah Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Apabila sistem baru diperkenalkan dalam tahun 1987, pelajar tingkatan 4 disalurkan terus kepada tiga bidang iaitu Katering, Rekaan Fesyen Dan Membuat Pakaian serta kursus Seni Kecantikan.

Pada tahun 1993 satu lagi kursus ditawarkan iaitu Kursus Asuhan Kanak-kanak dan pada tahun 2004, Pengaturcaraan Komputer ditawarkan. Tenaga pengajar bertambah dari semasa ke semasa, sehingga tahun 2011 seramai 72 orang guru. Pada tahun 2010, sekolah telah ditukar nama menjadi SMV ERT Setapak selaras dengan pemansuhan kursus-kursus aliran teknik di sekolah ini. Kursus aliran kemahiran pula diperkenalkan bagi mengganti kursus-kursus teknik tersebut sebelum dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional pada tahun 2012.

Ia merupakan salah sebuah daripada 14 buah sekolah vokasional di seluruh negara yang dipilih untuk projek rintis berkenaan.

Sehingga kini, terdapat 76 KV di seluruh negara.

Ia juga merupakan KV (ERT) pertama daripada kesemua empat buah yang lain iaitu KV(ERT) Azizah, Johor Bahru, Johor; KV(ERT) Puteri, Temerloh, Pahang dan KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip, Rembau, Negeri Sembilan.

Pelajar KV mengikuti pengajian selama empat tahun dengan mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pada tahun kedua sebelum menduduki DVM pada tahun terakhir.

Selain DVM, pelajar juga dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah kawal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Sebagai sebuah kolej vokasional yang memfokuskan aspek hospitaliti dalam kesemua lima program yang ditawarkan, KVertS bertindak sebagai platform untuk melahirkan pelajar berkemahiran domestik agar mampu menghadapi pasaran kerja yang kompetitif selepas tamat pengajian.

KVertS menawarkan empat program iaitu Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen dan Membuat Pakaian, Kosmetologi dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.