Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen

Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen (KAT/DOK) merupakan salah satu daripada koleksi yang terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Koleksi Asia Tenggara sunting

Koleksi Asia Tenggara (KAT) telah ditubuhkan pada tahun 1977. KAT merupakan koleksi asas penyelidikan perpustakaan.

Bahan-bahan dalam koleksi ini meliputi pelbagai bidang perkara termasuk agama, bahasa, kesusasteraan, sejarah, politik, sosiologi, ekonomi, kebudayaan, undang-undang, pendidikan serta sains dan teknologi. Pemilihan bahan-bahan adalah berdasarkan kepada kawasan dan perkara, iaitu negara-negara di kawasan Asia Tenggara, terdiri dari Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi ini antaranya ialah buku, tesis pasca siswazah dan kertas kerja persidangan/seminar. Bahan-bahan yang dikumpul merangkumi penerbitan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Belanda dan sedikit dalam bahasa-bahasa lain.

Matlamat sunting

    • Membina Pusat Kecemerlangan Sumber Maklumat yang lengkap dalam bidang pengajian Asia Tenggara.
    • Untuk mengumpul dan menempatkan bahan-bahan mengenai Asia Tenggara dalam pelbagai bidang perkara di suatu ruang khas supaya pengguna dan penyelidik sentiasa dapat membuat rujukan.
    • Untuk menguruskan dan mendokumenkan semua bahan-bahan mengenai Asia Tenggara dalam pelbagai bidang perkara meliputi agama, bahasa, kesusasteraan, sejarah, politik, sosiologi, ekonomi, kebudayaan, undang-undang, pendidikan, alam sekitar, sains dan teknologi.
    • Untuk memilih dan mendapatkan semua bahan-bahan dari negara-negara Asia Tenggara berasaskan kawasan iaitu negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Thailand, Laos, Myanmar, Kampuchea dan Vietnam. Walaubagaimanapun perpustakaan memberikan penumpuan terhadap perolehan penerbitan mengenai Malaysia, negera-negara ASEAN dan Asia Tenggara secara umum.

Koleksi Tesis dan Kertas Kerja Seminar / Persidangan sunting

Koleksi tesis terdiri daripada tesis pascasiswazah (tesis Sarjana dan Doktor Falsafah UKM) dan tesis yang dibeli oleh perpustakaan iaitu yang diterbitkan oleh UMI. Manakala kertas kerja seminar /persidangan/bengkel/konvensyen terdiri daripada bahan yang belum diterbitkan. Bahan-bahan tersebut hanya untuk rujukan didalam kawasan Koleksi Asia Tenggara sahaja.

Awalan bahan di Koleksi Asia Tenggara adalah seperti berikut:

Jenis Bahan Awalan Contoh No. Panggilan
Buku / Monograf Kat Kat DS518.1.K5
Kertas Kerja Seminar Kat Ruj Sem HF5549.S4
Bahan Rujukan Kat ZZ Kat Ruj DS526.7
Bahan Bibliografi Kat Sem/Sem Kat ZZ DS525.9.J3
Tesis Sarjana & PhD Kat 4/4/Tesis Tesis Kat BC177.S5

Dasar Pinjaman Bahan sunting

Kelayakan Pinjaman Bahan KAT sunting

Kategori Bilangan Tempoh
Pelajar / Pengguna 1 naskhah 2 jam
Ahli Akademik 3 naskhah 7 hari
Pegawai 1 naskhah 7 hari

Buku / Kertas Persidangan sunting

    • Pengguna dibenarkan meminjam untuk rujukan satu bahan untuk tempoh 2 jam dan hanya dibenarkan untuk menukarkan kepada tajuk yang lain setelah 1 jam.
    • Oleh kerana koleksi ini adalah Koleksi Akses Terhad pengguna dibenarkan mengguna atau merujuk bahan-bahan tersebut hanya di ruang Koleksi Asia Tenggara sahaja dan tidak dibenarkan membaca sambil lewa (browsing) di rak.

Bahan Tesis sunting

    • Hanya dibenarkan membuat rujukan di ruang koleksi yang disediakan.
    • Membuat salinan fotokopi tesis adalah menjadi satu kesalahan kerana ianya tertakluk dengan Akta Hakcipta 1987.

Pameran Buku Baru sunting

Buku yang baru diperolehi akan dipamerkan di Sudut Pameran selama sebulan. Buku hanya boleh dipinjam selepas pameran.

Koleksi Dokumen sunting

Koleksi Dokumen telah diwujudkan pada tahun 1974. Koleksi ini diwujudkan bertujuan bagi memudahkan pencarian maklumat bahan terbitan kerajaan, badan berkanun dan pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bahan dokumen mempunyai sifat dan cirri yang tersendiri adalah berbeza dari bahan monograf dan terbitan bersiri biasa. Berdasarkan perbezaan ini, ianya wajar diasingkan di dalam koleksi yang tersendiri bagi memudahkan pengurusan dan penggunaannya.

Objektif sunting

    • Menguruskan bahan terbitan kerajaan/badan berkanun Malaysia serta bahan terbitan kerajaan-kerajaan lain.
    • Memantap dan meningkatkan perolehan, pengumpulan dan pembangunan bahan terbitan kerajaan.
    • Membangunkan pangkalan data dalaman untuk semua terbitan kerajaan/badan berkanun Malaysia bagi memudahkan pencarian maklumat.
    • Untuk mengurus, mengorganisasi, mendokumentasi secara tersendiri serta memulihara bahan terbitan kerajaan yang kepelbagaian bentuk dan penggunaannya secara berkekalan.

Bahan-Bahan Yang Ditakrifkan Sebagai Dokumen sunting

    • Semua terbitan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan di Malaysia serta Negara ASEAN.
    • Semua terbitan Badan Berkanun di Malaysia kecuali terbitan dari institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang berfungsi juga sebagai penerbit dagangan dan terbitan Universiti dan kolej yang mana dokumen pantadbiran institusi ini disimpan dalam Koleksi Dokumen, tetapi bahan dalam monograf dan terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Penerbit institusi berkenaan ditempatkan di Koleksi Am / Koleksi Asia Tenggara atau Terbitan Bersiri.
    • Laporan tahunan semua syarikat swasta dan pertubuhan di Malaysia.
    • Terbitan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensinya
    • Terbitan Kerajaan Negara ASEAN
    • Terbitan OECD (Organisation for Economic Cooperation & Development)
    • Terbitan Perbadanan Antarabangsa (Intergovernmental Bodies)
    • Terbitan Rand Corporation (Institusi swasta yang menerbitkan laporan, kertas kerja, nota dan bahan penyelidikan)
    • Terbitan IAEA (International Atomic Energy Agency)
    • Terbitan United Nations

Jenis-Jenis Bahan Terbitan Kerajaan sunting

    • Laporan Pentadbiran. Contoh : Laporan tahunan
    • Penerbitan Perangkaan. Contoh : Banci Penduduk, Buku Perangkaan Tahunan
    • Laporan Suruhanjaya dan Jawatankuasa. Contoh : Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis
    • Laporan Penyelidikan. Contoh : Strategi Pembangunan Mampan & Agenda 21 Selangor
    • Dasar Kerajaan. Contoh : Dasar Pertanian Negara, Dasar Automatif Nasional
    • Pelan Tindakan. Contoh : Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara
    • Buletin / Jurnal. Contoh : Buletin Pengguna, Buletin Beringin
    • Risalah. Contoh : Perusahaan Memproses Sos Tomato
    • Brosur. Contoh : Teknologi Pengeluaran Dukung Anak, Malaysia Cergas
    • Poster. Contoh : Malaysian Currency Note With Additional, Security Features

Koleksi Dokumen Popular sunting

Bahan popular adalah terdiri daripada bahan-bahan yang kerap dirujuk oleh pengguna. Ia adalah bahan terkini, terhad dan mengenai isu-isu semasa. Bahan popular merangkumi terbitan kerajaan dan terbitan luar Negara. Koleksi Popular juga menempatkan sebilangan daripada CD bahan dokumen. Antara contoh-contoh bahan yang terdapat dikoleksi bahan popular adalah seperti:

    • Terbitan Jabatan Perangkaan (Contoh :Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Banci Perkhidmatan)
    • Terbitan Bank Negara Malaysia (Contoh :Buletin Perangkaan, Laporan Tahunan)
    • Terbitan Persatuan Pengguna Malaysia (Contoh : Beyond Consumer Culture, Lindungi Anak Anda)
    • Terbitan Jabatan Perkhidmatan Awam (Contoh : Pekeliling Kemajuan Tadbiran Awam, Perintah-Perintah Am)
    • Laporan Ekonomi
    • Rancangan Malaysia
    • Koleksi Ucapan Perdana Menteri
    • Pelan Pembangunan
    • Terbitan Luar Negara (Contoh : World Development Report, Standards Methods for Examination of Water and Wastewater, Key Indicators of the Labour Market)

Pengdokumentasian sunting

Pengdokumentasian merangkumi pengkatalogan, pengkelasan dan pengindeksan bahan Koleksi Dokumen adalah bertujuan bagi memudahkan pengesanan kembali bahan yang tersedia ada dalam koleksi.

Kakitangan sunting

Kakitangan di Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen terdiri daripada seorang ketua , dua orang pustakawan, tujuh orang pembantu perpustakaan, seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu am pejabat. Sehingga kini (Ogos 2009), jumlah kakitangan di koleksi ini adalah seramai 12 orang.

Kakitangan Koleksi Asia Tenggara & Dokumen (2009)
Jawatan Gred Jumlah
Pustakawan S44 1
Pustakawan S41 2
Pembantu Perpustakaan S22 2
Pembantu Perpustakaan S17 5
Pembantu Tadbir N17 1
Pembantu Am Pejabat N1 1


Pinjaman dan Pemulangan Bahan sunting

Syarat

    • Pengguna hanya dibenarkan meminjam satu bahan untuk rujukan di ruang bacaan koleksi ini sahaja.
    • Pinjaman keluar dibenarkan untuk ahli akademik sahaja iaitu sebanyak 3 buah bahan untuk tempoh seminggu. Denda sebanyak 50 sen dikenakan untuk setiap hari bahan lewat dikembalikan.
    • Koleksi ini adalah koleksi akses terhad di mana pengguna tidak dibenarkan membaca di rak.

Cara

    • Semak katalog GEMILANG , Koleksi Digital UKM , senarai perolehan atau rajah lokasi susunan rak untuk mendapatkan nombor panggilan bahan yang diperlukan.
    • Pengguna akan diberi 2 keping kad penanda.
    • Masukkan kad kampus/kad ahli ke dalam kotak nombor yang sama dengan kad penanda.
    • Pengguna mestilah meletakkan sekeping kad penanda tersebut di ruang di mana bahan telah dikeluarkan.
    • Sekeping lagi kad penanda dibawa bersama ke ruang bacaan. Untuk pemulangan bahan, kembalikan bahan ke rak asal dan ambil semula kad penanda yang diletakkan di tempat bahan dikeluarkan.
    • Letakkan semula kad penanda di dalam kotak dan ambil kad kampus/kad ahli.

Perkhidmatan dan Kemudahan sunting

Katalog Awam Dalam Talian Pengguna boleh mendapatkan maklumat bahan melalui Katalog Awam Dalam Talian (GEMILANG) dengan menyemak nama pengarang, judul, perkara atau nombor panggilan.

Koleksi Digital UKM (KDUKM)

    • Terdapat beberapa pangkalan data di dalam KDUKM. Antaranya ialah Pangkalan Data Tesis dan Pangkalan Data Kertas Kerja Seminar.
    • Pelanggan boleh mengakses tesis dan kertas kerja seminar/persidangan melalui KDUKM dan memilih pangkalan data yang berkaitan untuk membuat pencarian bahan.
    • KDUKM boleh diakses di http://ptsldigital.ukm.my/

Tunjuk Ajar dan Khidmat Nasihat

    • Membantu pengguna mendapatkan bahan yang diperlukan.
    • Memberi tunjuk ajar cara menggunakan GEMILANG, KDUKM dan senarai perolehan.
    • Menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan bahan di Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen.

Kemudahan Fotokopi

Perkhidmatan fotokopi ada disediakan di Koleksi Asia Tenggara. Pengguna tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.

Waktu Perkhidmatan sunting

Isnin hingga Khamis 8.30 pagi hingga 9.45 malam

7.00 malam hingga 8.00 malam (Tutup)

Jumaat 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

12.00 tengahari hingga 2.45 petang (Tutup)

2.45 petang hingga 9.45 malam

7.00 malam hingga 8.00 malam (Tutup)

Sabtu minggu pertama Tutup
Sabtu minggu kedua - kelima 10.30 pagi hingga 4.30 petang
Ahad 10.30 pagi hingga 4.30 petang