Kor Risik DiRaja
Kor Risik DiRaja telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 dan dianugerahkan gelaran 'Diraja' pada 7 Jun 1997 oleh SPB Yang DiPertuan Agong ke X Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Kor Risik DiRaja كور ريسيق دراج | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Cawangan | Tentera Darat Malaysia |
Peranan | Merancang dan melaksanakan usaha-usaha pengumpulan, pemprosesan, penilaian dan penyebaran perisikan untuk kepentingan Tentera Darat Diraja Malaysia khususnya dan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia amnya.[1] |
Sejarah
suntingKor Risik Diraja ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 bagi menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya yang melancarkan dasar ketenteraan dan merancang pemberontakan bersenjata mulai 1949.
Pada tahun 53, pentadbiran Inggeris mulai sedar tentang keperluan perisikan bagi membantu pasukan keselamatan dalam usaha membanteras perjuangan bersenjata PKM. Serentak dengan itu, seorang anak watan Pbt Hashim bin HJ Rauf telah diserap dan ditugaskan di HQ 355 Field Security Section (FSS) iaitu British Military Intelligence yang diketuai oleh LtM E.A Atkinson. Potensinya yang baik meyakinkan pihak Inggeris dan seterusnya menggalakkan mereka terus merekrut lebih ramai anak tempatan. Sekumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) dari Rejimen Askar Melayu, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dan Jurutera Persekutuan telah ditumpangkan ke HQ 355 FSS untuk dilatih dalam seksyen perisikan.
Apabila negara merdeka HQ 355 FSS disusun semula dan dikenali sebagai Federation Field Security Section (FFSS) dan diletakkan dibawah Markas Tentera Persekutuan (HQ Malaya Command), Kuala Lumpur. Seramai 14 orang Junior Civil Liaison Officer yang bertugas dengan cawangan khas Polis Persekutuan Tanah Melayu dipanggil oleh pihak Inggeris bagi melaksanakan kerja perisikan di medan.
Pada November 63, Bahagian Gerakan, Rancang dan Perisikan telah diambil alih oleh pegawai tempatan dan Cawangan Rancang dan Perisikan telah ditukar kepada Jabatanarah Perisikan Bersama pada Mac 1965. Awal tahun 66, tiga pertubuhan unit perisikan yang berfungsi tanpa pemerintahan dan kawalan dari mana-mana organisasi telah ditubuhkan yang terdiri daripada Penasihat Pertahanan Tentera, Anggota Tentera Cawangan Khas Mohd Fadhli Bin Mohd Noh (ATCK) dan Jawatankuasa Sempadan.
Semua organisasi unit perisikan dalam angkatan tentera telah disatukan di dalam satu kor pada tahun 1969 dan semenjak penubuhannya Kor Risik amat disegani atas kemampuan dan kebolehannya sebagai sumber perisikan kepada pertahanan negara dan pencerobohan kegiatan subversif pihak musuh terutamanya di era penentangan pengganas komunis.
Organisasi
suntingOrganisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap Pengerusi KRD. Penempatan unit-unit di bawah Kor Risik DiRaja adalah seperti berikut.[2]
- 166 Battalion Perisikan Tentera Darat
- 165 Battalion Perisikan Tentera Darat
- 93 Rejimen Semboyan Peperangan Elektronik (RPSE)
- 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK).
- 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT).
Kesemua penempatan ini mempunyai tugas dan peranan yang berbeza tetapi secara ringkasnya KRD berperanan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha dari segi mengumpul, menilai dan menyebar perisikan taktikal yang berkaitan dengan kepentingan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya
Pautan luar
sunting- [Laman sesawang Kor Risik Diraja TDM http://army.mod.gov.my/krd/ Diarkibkan 2013-05-28 di Wayback Machine]
Rujukan
sunting- ^ Army.mod.gov.my (2013). Peranan KRD. [online] Dipetik dari: http://army.mod.gov.my/krd/index.php/kor-risik-diraja/peranan-kor [Dicapai pada: 6 Jun 2013]
- ^ Ruzaini, Nurulhaswani, Corporal (2013). "HUT KRD ke-44". Berita Tentera Darat Malaysia (Magazine). 199. m/s. 13.