Korvet
Korvet (berasal daripada perkataan Perancis corvair) ialah sebuah kapal perang kecil, ringan dan mudah dikendalikan. Asalnya, ia lebih kecil daripada frigat tetapi lebih besar daripada kapal peronda pantai. Walau bagaimanapun, kebanyakan reka bentuk terkini menyerupai sebuah frigat dari segi saiz dan peranan. Semasa Zaman Pelayaran, sebuah korvet lebih kecil daripada frigat dan lebih besar daripada sloops-of-war dan biasanya mempunyai satu dek meriam. Hampir kesemua tentera laut menggunakan kapal yang lebih kecil daripada frigat bagi tugas-tugas rondaan pantai, akan tetapi tidak kesemua mereka menggunakan istilah korvet atau setandingnya. Pangkat Kapten Korvet diterbitkan daripada nama jenis kapal ini.

Korvet berkuasa stim Perancis Dupleix (1856–1887)

Frigat Tentera Laut Afrika Selatan, SAS Mendi, bagaimanapun dirujuk sebagai korvet oleh Afrika Selatan.
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Korvet |
Cari corvette dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Corvette Elisabeth German screw corvette Elisabeth of 1869: Sejarah dan foto berleraian tinggi sebuah model
- Watch the 1943 film Corvette Port Arthur at NFB.ca