Sekelompok kosek daripada kota Sakmara, kawasan Orenburg (1910). Yang berdiri di kiri Pogadaev Alexander Mertemyanovich

Kosek (bahasa Rusia: казак) adalah satu kelompok masyarakat khas dan mempunyai imej berlegenda di Rusia dan di luar negara kerana terkenal sebagai askar gagah berani dan kebolehannya menjaga kebebasannya selama berabad-abad lamanya.

Petempatan kosek (masih ada di beberapa kawasan Rusia) menjadi tumpuan perhatian orang yang ditindas. Ramai hamba tani melarikan diri daripada tuan tanahnya ke petempatan kosek.

Kosek duduk di sempadan dengan keluarganya dan mengawal sempadan itu. Pemerintah tsar tidak mengganggu mereka kerana perkhidmatan itu[1].

Selama kekuasaan Soviet kaum kosek kehilangan statusnya dahulu tetapi sesudah bubarnya Soviet Union sedang nampak gejala pembangkitan semula gerakan kosek itu[2].

Tarian kosek yang rancak terkenal di seluruh dunia.

Kehidupan dan kegiatan kosek digambarkan dalam novel "Taras Bulba" oleh Nikolai Gogol.

Kutipan daripada novel Taras Bulba oleh Nikolai GogolSunting

…Raja-raja Poland yang menggantikan raja-raja muda Rusia dan menjadi penguasa daerah luas itu (meskipun daerah itu jauh dan susah dikawal) memahami pentingnya orang kosek dan kegiatannya mengawal dan mempertahankan sempadan. Raja-raja itu menggalakkan mereka dan mengampu-ngampu supaya memikat hati mereka. Di bawah kekuasaan mereka dari jauh para pemerintah yang dipilih daripada kosek-kosek itu mengubah petempatan-petempatan kecil menjadi rejimen dan daerah ketenteraan sebenar. Mereka bukan merupakan tentera tetap, ia tidak nampak sehari-hari. Tetapi apabila perang diisytiharkan maka selama lapan hari, tidak lebih, setiap kosek datang berkuda dan bersenjatakan lengkap dengan menerima upahan daripada raja Poland berjumlah hanya satu ringgit emas dan selepas dua minggu terbentuklah tentera begitu besar yang tidak mungkin wujud melalui sistem perekrutan. Perang habis – maka perajurit balik ke petempatan mereka untuk mengerjakan tanah, menangkap ikan, bekerja sebagai tukang tambang, berdagang, memasak wain dan menjadi kosek bebas. Orang asing sezaman hairan dengan sepatutnya terhadap kebolehan luar biasa kosek itu. Segala-galanya boleh dia kerjakan: memasak wain, melengkapkan kereta kuda, menggiling ubat bedil, bekerja sebagai tukang besi atau tukang kayu tambahan lagi berpesta terus, minum arak, berfoya-foya seperti hanya orang Rusia boleh – segala-galanya dia boleh!.. (penterjemah Victor Pogadaev)

RujukanSunting

  1. ^ Andrew Gordeyev. The History of Cossacks, Moscow, 1992
  2. ^ Lester W. Grau (1993). "The Cossack Brotherhood Reborn: A Political/military Force in a Realm of Chaos". Foreign Military Studies Office, Fort Leavenworth, KS