Akta Angkasa

(Dilencongkan dari Kumpulan Akta Angkasa)

Akta Angkasa merupakan sebuah kumpulan muzik eksperimental rock berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada Mac 2005 dan dibubarkan pada tahun 2013.[1]

Akta Angkasa
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreExperimental Rock
Tahun aktif2005–2013
Syarikat rakaman
senipekik
Pengkarya berkait
Dirgahayu, Kwala Bĕrlumpor
Laman sesawang
senipekik.com
AhliZulhezan

Nazmil Sulaiman

Izwan Haris

Noorefizah

Akta Angkasa merupakan salah satu dari kumpulan rock yang mengambil bahagian dalam acara konsert di Rock The World 11 (2011), juga turut mengambil bahagian dalam Rockaway 2012 yang dianjurkan oleh Livescape Asia.[2]

Diskografi sunting

  • Mukadimah! (2007)
  • Chatetan Konkerit (2008)
  • Kognitif > (2010)

Album sunting

Akta Angkasa telah menerbitkan mini album 'Kognitif' yang diterbitkan pada 27 Mac 2010 - sempena ulang tahun ke-5 kumpulan tersebut. Album ini dihasilkan oleh Johari Saleh dan kumpulan Akta Angkasa sendiri, dan merupakan EP kedua mereka; yang memuatkan gubahan mereka antara tahun 2007 hingga 2009. Pakej CD diterbitkan dengan sesi rakaman berlangsung pada Disember 2009 di Pangkin, Kuala Lumpur. Pelbagai peralatan dan perkakasan vintage telah digunakan secara meluas bagi menghasilkan ciri bunyi analog yang menonjol dan tersendiri. [3]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting