Instinct (kumpulan nasyid)

(Dilencongkan dari Kumpulan Instinct)

INSTINCT merupakan sebuah kumpulan nasyid yang telah bertapak di dalam industri muzik Malaysia sekitar awal tahun 2008. Kumpulan nasyid ini telah ditubuhkan pada tahun 2004 hasil pertemuan di dalam sebuah pertandingan nasyid interfakulti yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (pada ketika itu Kolej Universiti Islam Malaysia).

Instinct
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreClassical Pop
PekerjaanVokal Berkumpulan
Tahun aktif2004-kini
Syarikat rakaman
Instinct Entertainment
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
https://www.facebook.com/instinctnasyid
AhliFarid ,Aqmal, Azizi, Ghazali, Mahathir, Zarief

Instinct muncul dengan album pertama mereka yang berjudul Kaulah Permata pada tahun 2008 dan seterusnya album yang kedua pada tahun 2010 menerusi Iftitah. Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam kedua-dua album tersebut adalah Zikir Subhanallah; Itmi'nan; Isteri; Anta Rabbuna; Dermawan; Resah; Iftitah; Cinta Abadi; Rintihan dan Seindah Bicara.

Album-album Instinct yang dihasilkan ini adalah sebuah karya cetusan idea Professor Dr. Irwan Mohd Subri. Beliau merupakan tunjang utama dan penerbit bagi kedua-dua album tersebut. Dikenali dengan gelaran "Dimashqu", Professor Dr. Irwan Mohd Subri turut menyanyikan beberapa buah lagu ciptaan beliau sendiri. Antara lagu hasil nukilan beliau ialah Itmi'nan; Anta Rabbuna dan Iftitah.

Ahli-ahli sunting

Kumpulan Instinct terdiri daripada 6 orang ahli, iaitu:

  1. FARIDHILMI MUSLIMIN
  2. AQMAL HJ. MOHD SAIRI
  3. AZIZI ELIAS
  4. GHAZALI ABDUL MANAP
  5. MAHATHIR MAZIZAN
  6. ZARIF MUHAMAD

Album sunting

Tahun Judul Album Judul Lagu
2008 Kaulah Permata Zikir Subhanallah
Itmi'nan
Isteri
Anta Rabbuna
Dermawan
Resah
2010 Iftitah Iftitah
Cinta Abadi
Rintihan
Seindah Bicara

Platform Media Sosial sunting

https://www.facebook.com/instinctnasyid

https://www.youtube.com/c/InstinctNasyid

https://www.instagram.com/instinctnasyid