Kumpulan Life Petal


Kumpulan ‘Life Petal’ merupakan sebuah kumpulan dari Singapura yang telah ditubuhkan pada akhir 2013. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh tujuh anggota asal yang terdiri daripada Syazwan (Penyanyi Utama), Zax Ramli (Penyanyi Kedua), Darwin (Gitar Utama), Munir (Gitar Kedua), Joa (Gitar Bes), Man (kibod) dan Yassin (Dram). Pada 2019 anggota Life Petal berubah dan terdiri daripada tujuh orang anggota yang lain Zax Ramli (Penyanyi Utama), Farah (Penyanyi Kedua), Yusuf (Gitar Utama), Iskandar Jeff (Gitar Kedua), Din (Gitar Bass), Man (keyboard) dan Lee (Dram). June 2020, Din telah digantikan oleh Azim (Gitar Bass). Dan, pada tahun 2022 anggota Life Petal berubah dan terdiri daripada tujuh orang anggota yang baru Zax Ramli (Penyanyi Utama), Farah (Penyanyi Kedua), Satria (Gitar Utama), NazzSym (Gitar Kedua), Azim (Bass), Man (Keyboard) dan Lee (Dram)

Life Petal
Logo Rasmi Kumpulan Life Petal
Latar belakang
Berasal dariSingapura Singapura
GenreBallad, Pop Rock, Rock, Symphonic Rock
InstrumenVokal
Tahun aktif2013 – Kini
Syarikat rakaman
Kraton Music Publishing & Arts (2016 – 2019)
Life Records Malaysia (2019 - Kini)
AhliZax Ramli - Vokal Utama
Farah - Vokal Kedua
Satria - Gitar Utama
NazzSym - Gitar Kedua
Azim - Gitar Bass
Man - Keyboard
Lee - Dram
Bekas ahliMuzzy Malek - Gitar Utama
Darwin - Gitar Utama
Dzoul - Gitar Utama
Lokman - Gitar Kedua
Munir - Gitar Kedua & Gitar Bass
Wan Qubor - Gitar Bass
Firdaus Hatta - Gitar Bass
Papa Rose Ateng - Gitar Bass
Joa - Gitar Bass
Hadi - Gitar Bass
Din - Gitar Bass
Yassin - Dram
Suherwan - Dram
Syawan - Peyanyi Utama
Shahril - Penyanyi Utama
Edy Syahril - Penyanyi Utama
Rohaisah - Penyanyi Kedua
Yusuf - Gitar Utama
Iskandar Jeff - Gitar Kedua

Maksud frasa ‘Life Petal’ ialah ‘kelopak kehidupan’ dan memang tujuan band ini hendak menyampaikan pelbagai mesej tentang kehidupan. Dalam Bahasa Inggerisnya, ‘Life’ dan ‘Petal’ masing-masing bermaksud ‘kehidupan; dan ‘kelopak bunga’ yang menjadi kiasan tentang alam cinta, tak kira sama ada hubungan antara sesama manusia mahupun dengan Maha Pencipta.

Sejarah sunting

 
Album Tunggal (Singles) - Life Petal - Permata Ku

2012 – 2013: Penubuhan awal, cadangan oleh Shahril

Sejarah penubuhan awal Life Petal bermula pada sekitar Disember 2012, Shahril & Man telah berbincang untuk menubuhkan sebuah kugiran atau band. Pada masa itu, Man tidak bersetuju untuk menubuhkan sebuah kumpulan kerana Man masih lagi dalam projek berduet bersama Nora Rahman. Semuanya atas ilham Shahril.

Shahril mengajak 4 orang kenalannya untuk memenuhi line up. Melibatkan enam orang iaitu Shahril (Penyanyi Utama), Man (Keyboard), Lokman (Gitar Kedua), Muzzy Malek (Gitar Utama), Wan Qubor (Gitar Bes) & Yassin (Dram). Mereka bermula dengan menggunakan nama “Identityz” atas ilham Wan Qubor & Shahril. Kemudian nama itu bertukar kepada “ZyroZ” (asal dari Zero), ilham Shahril sendiri. Pada masa itu, masih belum ada perancangan untuk membuat single dan hanya ada satu sahaja persembahan yang mereka sertai.


2013 – 2015: Lahirnya nama Life Petal; mendapat sambutan media-media Singapura & Malaysia; Pertukaran anggota

Pada akhir 2013, pengunduran dan pertukaran anggota mula berlaku apabila Shahril selaku vokalis telah menarik diri dari ZyroZ disebabkan ada sedikit salah faham bersama Man. Tetapi Shahril mengambil sekali nama “ZyroZ” itu. Man dan juga yang lain-lain meneruskan kumpulan itu tanpa menggunakan apa-apa nama. Tempat Shahril diambil alih oleh Syazwan disebabkan Man memang sudah lama kenal Syazwan sejak di bangku sekolah dahulu. Syazwan juga bekas vokalis utama sebuah kumpulan nasyid Singapura yang dikenali sebagai Fawwaz dan juga seorang artis solo bawah naungan Voz Management dengan lagunya yang berjudul Hasbi Rabbi. Tempat Wan Qubor sebagai pemain bass pula, diambil alih oleh Firdaus Hatta. Kemudian tercertusnya ilham mereka untuk menggunakan nama Fassa De’rossa (ilham dari Syazwan & Firdaus Hatta) yang bermakna ‘fasa kehidupan dunia’ dengan diselitkan juga perkataan Rossa (yang bermakna bunga Ros) untuk  melambangkan percintaan atau ‘jiwang’.

Pada awal tahun 2014, berlaku lagi perubahan tiga anggota iaitu Muzzy Malek, Lokman dan Firdaus Hatta disebabkan tidak keserasian dalam band. Yassin (pemain dram) mengajak adiknya Munir untuk mengambil alih di tempat Lokman sebagai pemain gitar kedua. Man pula mengambil masuk lagi dua anggota daripada kenalan luar untuk menggantikan pemain gitar utama dan pemain gitar bes iaitu Darwin dan Papa Rose Ateng. Namun Man memberikan cadangan kepada semua ahli kumpulan tersebut supaya menukar nama kumpulan tetapi dari segi misi & makna tetap sama, iaitu “Life Petal”. Semua anggota bersetuju untuk menggunakan nama itu.

Anggota Life Petal pada masa itu ialah Syazwan (Penyanyi Utama), Darwin (Gitar Utama), Munir (Gitar Kedua), Papa Rose Ateng (Gitar Bass), Man (Keyboard) & Yassin (Dram). Secara kebetulan, Rozaimi Ramli (lebih dikenali sebagai Zax Ramli) meminta bantuan daripada Man untuk bertindak sebagai sessionist bagi kumpulannya Fantazea disebabkan tiada anggotanya yang bermain keyboard. Kemudian Man juga ada membuat tawaran kepada Zax Ramli untuk menjadi penyanyi kedua dalam Life Petal dan Zax Ramli bersetuju. Kemudian pemain bes diambil alih oleh Joa (bekas anggota kumpulan Fantazea) disebabkan Papa Rose Ateng berasa sukar untuk memberikan komitmen.

Life Petal berjaya menghasilkan single pertama mereka yang berjudul Permataku. Buat pertama kali mereka membuat rakaman di Kuala Lumpur di studio Quantize kepunyaan Burn Crossfire. Genre lagu Permataku berentak Funk Ballad. Daripada single pertama itu, muzik Life Petal telah mendapat sambutan daripada para peminat dan tawaran demi tawaran untuk membuat persembahan di majlis-majlis ‘bawah khemah’ seperti kenduri-kenduri walimah menjadi semakin banyak.

Lagu Permataku juga telah mendapat sambutan daripada sebahagian media Singapura yang telah melaporkan tentang lagu tersebut dalam penerbitan seperti Majalah Manja dan akhbar Berita Harian Singapura. Di Malaysia, lagu itu juga telah dimainkan di udara oleh stesen radio seperti Galaksi MuzikFm RTM dan pernah menduduki tangga ke4 dalam Carta Galaksi MuzikFm.

Selepas itu secara tiba-tiba, pemain gitar bass, Joa, mengundurkan diri dari kumpulan tersebut dan tempatnya diambil alih oleh Munir iaitu pemain gitar kedua sebelum ini. Sementara itu, Man dapat mencari pengganti, juga seorang pemain gitar kedua iaitu Yusuf yang pada asalnya adalah dari kumpulan Farinaz Band dan juga kemudian Fantazea hingga ke tahun 2015.

Pada tahun 2015 pula, Zax Ramli selaku vokalis kedua itu berehat seketika daripada kumpulan itu atas keadaan kesihatannya yang tidak menentu. Life Petal terius bergerak dengan hanya seorang vokalis sahaja. Dan Yusuf pula mengundurkan diri dari kumpulan itu (setelah tidak sampai setahun) atas sebab masalah peribadi. Kumpulan itu bergerak bersama lima anggota sahaja buat sementara waktu.

Kemudian, Life Petal telah cuba menghasilkan lagu baru yang kedua berjudul Ikrar Cinta. Malangnya pada setiap sesi latihan, Yassin, pemain dram, tidak dapat  memberika fokus 100% pada permainannya. Akhirnya Yassin membuat keputusan untuk keluar dari kumpulan itu. Suherwan (dari kumpulan Savage Tune) telah mengambil alih tempat Yassin melalui rekomendasi kenalannya, Munir.


2016 – 2017: Single kedua “Ikrar Cinta”; Sambutan di dalam dan luar negeri semakin bertambah; Kembalinya Zax Ramli; Pengunduran Darwin, Munir & Syazwan; Edy Syahril vokalis utama buat sementara waktu; Penyanyi wanita (Rohaishah, kemudian Farah) sebagai penyanyi kedua

 
Album Tunggal (Singles) - Ikrar CInta

Pada 2016, kumpulan Life Petal mendapat tawaran daripada syarikat label atau syarikat rakaman Singapura “Kraton Music Publishing & Arts” (KMPA) menerusi saudara Jufri Salim penerbit dan pengedar Life Petal. Life Petal juga mendapat tawaran untuk membuat persembahan di konsert Gagasan. Dari situ, Zax Ramli bersetuju untuk kembali bersama kumpulan Life Petal tetapi sebagai vokalis kedua. Kumpulan itu pun bergerak bersama enam anggota. Akhirnya mereka berjaya merakamkan lagu single terbaru yang kedua berjudul Ikrar Cinta.

Suherwan membuat cadangan untuk mengambil seorang lagi anggota untuk bermain gitar bes disebabkan kumpulan itu hanya ada satu pemain gitar utama. Lalu Hadi sebagai pemain gitar bes dan Munir sebagai pemain gitar kedua kembali. Ini menunjukkan misi Life Petal yang pada asalnya bermula dengan tujuh orang telah kembali kepada tujuh orang juga. Selepas itu, kumpulan tersebut dapat membuat persembahan di sebuah acara showcase untuk single kedua mereka, Ikrar Cinta. Di acara tersebut, Life Petal dapat juga mengadakan reunion buat seketika bersama anggota lama Yassin & Joa dengan mendendangkan sebuah lagu sahaja.

Para pengikut dari Malaysia juga mula mengenali kumpulan Life Petal melalui lagu Ikrar Cinta. Manakala media seperti akhbar Utusan Malaysia, Asyikfm, Melakafm, Negerifm telah membuat liputan mengenai lagu tersebut dan persembahan live Life Petal, Smule dan beberapa band lagi telah membuat cover lagu Ikrar Cinta yang membuat semakin ramai orang yang memberikan sambutan yang positif kepada lagu tersebut.

Pada akhir 2016, Man mendapat berita bahawa Darwin, pemain gitar utama bergasrat untuk mengundurkan diri kedrana bakal mendirikan rumah tangga dan juga ada sedikit masalah peribadi bersama Life Petal. Atas pertolongan Suherwan, Dzoul dapat menggantikan tempat Darwin sebagai pemain gitar utama.

Bermula pada awal 2017, Life Petal bersama Dzoul dapat juga menghasilkan dua buah lagu iaitu Salam Maaf dan Tika Bersama. Tapi sebelum itu, Dzoul memberikan cadangan kepada semua ahli kumpulan supaya melepaskan Munir daripada kumpulan atas sebab tidak ada keserasian antara pemain gitar utama dengan pemain gitar kedua. Satu perkara lagi yang kurang baik ialah Syazwan sudah hilang minat terhadap kumpulan tetapi Life Petal sudah ada rancangan untuk membuat sebuah lagu Hari Raya berjudul ‘Salam Maaf’ untuk dirakam bersama Syazwan buat kali terakhir.Tetapi keadaan Syazwan sangat terdesak untuk mengundurkan diri dari Life Petal.

 
Band Life Petal (2022)

Buat kali terakhir, Syazwan membuat persembahan bersama Life Petal dalam acara Rentap 3 di Ipoh Perak, Malaysia. Kehilangan Syazwan memberikan impak yang sangat besar kepada Life Petal tetapi misi kumpulan itu dapat diteruskan juga. Kemudian, Life Petal membuat persembahan di Klang, Selangor dalam acara Himpunan Seribu Rockers. Man dalam keadaan terdesak mencari penyanyi ‘session’ untuk menggantikan tempat Syazwan. Pada masa yang sama, Man juga  mendapatkan seseorang yang boleh mengambil tempat pemain gitar kedua iaitu Iskandar Jeff (seorang pemain kidal). Iskandar Jeff bekas ahli kumpulan Steel Youngz. Edy Syahril pula dari kumpulan Overload juga sudi untuk mengikut kumpulan Life Petal buat sementara waktu dan juga dapat menyertai satu rakaman lagu Hari Raya berjudul “Salam Maaf” yang pada asalnya dinyanyikan oleh Syazwan. Namun Edy Syahril memberi cadangan agar proses rakaman lagu Hari Raya tersebut dapat melibatkan kolaborasi bersama artis-artis lain seperti Fadli Xtech, Ahn Yasin dan Boy Botak.

Selepas rakaman ‘Salam Maaf’, Edy Syahril membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari Life Petal. Zax Ramli & Man berbincang sambil memberikan cadangan supaya Zax Ramli dapat mengambil alih tempat penyanyi utama dan seorang penyanyi wanita bertindak sebagai penyanyi kedua. Sebagai permulaan, kumpulan itu mengambil seorang penyanyi wanita  untuk diuji sejauh mana kemampuannya melalui suatu audition. Rohaishah, seorang kenalan Zax Ramli sudi untuk menjadi vokalis kedua dalam acara Raya Gagasan di BlackBox Singapura. Namun intonasi suara Rohaishah tidak sampai ke tahap genre kumpulan itu lalu Rohaishah mengundurkan diri. Atas pertolongan Edy Syahril, Farah dapat mengambil alih di tempat Rohaishah. Farah, juara sebuah pertandingan karaoke, buat pertama kali menyertai Life Petal. Pada masa yang sama juga, kumpulan itu sedang membuat rakaman lagu single ketiga yang berjudul Tika Bersama. Farah sempat merakamkan suaranya sekali secara mengejut dan dapat menghasilkan muzik video Tika Bersama.


2018 – Kini, Yusuf kembali ke Life Petal, Dzoul dan Suherwan pula mengundurka diri.

 
Album Tunggal (Singles) - Life Petal - Pilu

Setelah Life Petal mula bekejasama dengan Dzoul selaku pemain gitar utama itu, komitmennya kurang memuaskan untuk Life Petal, namun persembahan terakhir bersama Dzoul berlaku dalam sebuah acara Bulan Bahasa di Sekolah Northbrook (Singapura). Sebelum itu, terdapat satu projek band yang melibatkan Man & Yusuf iaitu ‘Sampoi Band’. Lalu Man mengajak Yusuf untuk kembali ke Life Petal sebagai pemain gitar utama. Yusuf bersetuju atas cadangan Man. Lalu Life Petal membuat persembahan di dua acara bersama Yusuf iaitu dalam acara Gagasan Raya di Blackbox (Singapura) dan Soft Tv. Secara tidak langsung, tercetusnya ilham Life Petal untuk mencipta sebuah lagu berkenaan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Man telah meminta bantuan daripada seorang pengarang lagu dan lirik iaitu tuan Mohd Khair Mohd Yasin untuk menghasilkan sebuah lagu yang mengandungi tema tersebut, lagu yang berjudul Pertama Ramadhan. Ini bermakna Yusuf telah kembali kepada Life Petal bermula dengan lagu Pertama Ramadhan. Life Petal juga telah menjemput Boy Botak & Fatin (pemain seruling) untuk mewarnai lagu Pertama Ramadhan.

Setelah Pertama Ramadhan, Suherwan, pemain dram, mengalami masalah peribadi dan tidak dapat memberikan tumpuan 100% untuk Life Petal. Yusuf memberikan cadangan agar Lee menggantikan tempat Suherwan. Yusuf & Lee pernah terlibat dalam senuah band bernama ‘Farinaz’ dari tahun 2009 hingga 2011. Akhirnya Life Petal dapat menghasilkan single yang berjudul Pilu. Lagu Pilu ini sebenarnya adalah untuk projek solo Man pada tahun 2012 tetapi tidak kesampaian namun dapat dihasilkan bersama kumpulan Life Petal.

Diskografi sunting

Album Tunggal (Singles)
Tahun Tajuk Lirik Lagu
2014 Permata Ku Luqman Hakim Luqman Hakim
2016 Ikrar Cinta Syazwan Roslan Syazwan Roslan
2017 Salam Maaf Edy Syahri Edy Syahril / Luqman Hakim / Iskandar Jeff
2017 Tika Bersama Zax Ramli Zax Ramli
2018 Jiwa Ramadan Mohd Khair Mohd Yasin Luqman Hakim / Yusuf / Iskandar Jeff
2019 Pilu Hidhi r/ Luqman Hakim Luqman Hakim / Iskandar Jeff

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Watak
2019 Buang Tabiat (Drama Suria) Man & Zax Ramli penampilan khas Battle Of The Band lagu ‘Pilu’
 
Life Petal di Pesta KB Bersam Sufi

Penampilan Awam sunting

Persembahan di Singapura
Persembahan Tahun
Bazaar Geylang ‘Rilek Jack’ 2014, 2015, 2016, 2017
Majlis Appreciation untuk Masjid Darul Makmur 2016
Café at Kaw Kaw Sg 2016
Bazaar Tampines Bulan Ramadhan 2016
Gagasan Kraton 2016
Launching Showcase Single Life Petal “Ikrar Cinta” 2016
Rock Dandut at Mana-Mana Club 2017
Hari Raya & Parents’ Day Celebration at Marsiling RC Zone 2 2018
High Tea Raya at Cucina Restaurant 2018
Masjid Darul Makmur Berhari Raya at SAFRA Yishun 2018
Bulan Bahasa at National Library 2018
Gagasan Launching EP Nurizwan Azmi at Lepak@ryz café 2018
Projek Ikhlas at Aliwal Centre 2018
KB Live Fest at D’Marquee bersama Sufi Rashid 2018
Bazaar Lambak at Wisma Geylang Serai 2019
Rock Nusantara 2019
 
Life Petal di Pesta KB
Persembahan di Malaysia
Persembahan Tahun
Silaturahim Rock Bersatu 1000 Rockers at Klang Selangor 2017
Rentap 3 at Ipoh Perak 2017
Fiesta Gempak Reunion Artist at Teluk Intan Perak 2019
Jamuan Hari Raya at Bukit Beruntung Selangor 2019

Rancangan (Media Sosial) sunting

Singapura
Rancangan Tahun
Berita Harian Singapura 2014, 2015, 2017 & 2018
Majalah Manja 2014
MediaCorp Radio Singapura:
  • Warna 94.2 fm bersama Dj TG
  • Ria 89.7 fm bersama Dj Nity Baizura & Dj Hans Ashrie
2017

2018

Soft Tv & Siaran 69
Coffee Talk 2019
Malaysia
Rancangan Tahun
Asyikfm RTM 2016
Galaksi Muzikfm RTM bersama Dj Aliff 2017
KLfm RTM bersama DJ Diany 2017
NegeriFm RTM bersama Dj Man 2017
MelakaFm RTM 2017
IIUMfm 2017
UFM (UITM) bersama Dj Fauzi 2018
IIUMfm & IIUM COMMtv bersama Dj Kamalia & Dj Atiqah 2018
Putra FM (UPM) bersama Dj Razaly 2019
B DIVA RTM 1 2019
Harian Metro 2019
CTCFm bersama Dj Blento 2019
The Mediator 2019
Terengganu FM (RTM) bersama Dj Hal 2019
Manis FM bersama Dj Kaim 2019
VOKFm Sabah bersama Dj Rachel & Dj Maldini 2020
SabahFm 2020
SabahVFm bersama Dj Sony B 2020
Kosmo 2020
Utusan Malaysia 2020
The Sun 2020
eWana TV 2020
JohorFM 2021

Rujukan sunting

  1. Life Petal Official [YouTube Video]. (2019). Retrieved from https://www.youtube.com/channel/UCuuVptoKHfM1elwSp1OPJtQ
  2. Life Petal - Home. (2018). Retrieved October 10, 2019, from Facebook.com website: https://www.facebook.com/LIFEPETAL/
  3. Life Petal. (2013). Twitter. Retrieved October 10, 2019, from Twitter website: https://twitter.com/LifePetal
  4. Ismail, H. (2019, July 12). Band Life Petal giat uji kaji formula muzik pikat pendengar, Berita Gah! - BeritaHarian.sg. Retrieved October 10, 2019, from Berita Harian Singapura website: https://www.beritaharian.sg/gah/band-life-petal-giat-uji-kaji-formula-muzik-pikat-pendengar
  5. Esoof, N. D. (2017, December 14). Life Petal tampil dengan sedikit kelainan melalui “Tika Bersama”, Berita Gah! - BeritaHarian.sg. Retrieved October 10, 2019, from Berita Harian Singapura website: https://www.beritaharian.sg/gah/life-petal-tampil-dengan-sedikit-kelainan-melalui-tika-bersama
  6. Ismail, H. (2017, June 21). Life Petal ajak teman artis “Salam Maaf”, Berita Gah! - BeritaHarian.sg. Retrieved October 10, 2019, from Berita Harian Singapura website: https://www.beritaharian.sg/gah/life-petal-ajak-teman-artis-salam-maaf
  7. Ismail, H. (2014, December 17). Band Life Petal mekar di digital, Berita Hiburan - BeritaHarian.sg. Retrieved October 10, 2019, from Berita Harian Singapura website: https://www.beritaharian.sg/gah/hiburan/band-life-petal-mekar-di-digital
  8. Life Petal - Posts. (2018). Retrieved October 10, 2019, from Facebook.com website: https://www.facebook.com/LIFEPETAL/posts/terima-kasih-kepada-sis-ira-musfirah-dan-rakan-rakan-seperjuangan-majalah-manja-/1522660487995287/
  9. Life Petal. (2018). Retrieved October 10, 2019, from Instagram.com website: https://www.instagram.com/lifepetal/
  10. YouTube. (2019). YouTube Search Results on Life Petal [YouTube Video]. Retrieved from https://www.youtube.com/results?search_query=life+petal+siaran69
  11. Life Petal Official. (2019). Life Petal short interview “Pilu” @ Raya Jam 2019 [YouTube Video]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=djEWSRBneWQ
  12. LIFE PETAL. (2019, February 11). Retrieved October 10, 2019, from Muzik Melayu Singapura website: https://singaporemalaymusicblog.wordpress.com/2019/02/11/life-petal/ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌