Wings (kumpulan muzik akhir 60-an)

(Dilencongkan daripada Kumpulan Wings, Amerika, 1968)

Kumpulan Wings (1968) merupakan kumpulan lagu rakyat dari akhir enam puluhan (jangan dikelirukan dengan kumpulan Wings, 1970 terkemudian yang dibentuk oleh Paul McCartney). Ahli kumpulan merupakan veteran dari pelbagai kumpulan enam puluhan yang lain. Pada awalnya kumpulan ini terdiri dari Oz Bach dari Spanky and Our Gang bagi bass, Pam Robins dari Serendipity Singers menyanyi, dan pemain gitar Eddie Simon, adik Paul Simon dari Simon & Garfunkel. Sebelum album pertama dan tunggal mereka, Eddie Simon digantikan dengan Jim Mason yang turut menulis lagu Peter, Paul and Mary "I Dig Rock and Roll Music". Turut bermain bersama kumpulan itu adalah pemain papan kekunci ("keyboard") Steve Knight, yang kemudian menyertai kumpulan Mountain, pemain dram Jefferson Airplane Jerry Peloquin, dan pemain gitar Jack McNichol.

Sejarah

sunting

Pada musim panas tahun 1968, band ini mula bermain sebagai pembuka acara untuk Big Brother and the Holding Company dan Sly and the Family Stone. Mereka kemudian menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman ABC Dunhill Rekod , dan hanya merakamkan album tunggal mereka di Sunset Sound' dengan penerbit Steve Barri .

Nama kumpulan Wings ini berasal dari sepotong kertas yang telah dikirimkan pada Jim Mason dengan perkataan "Wings" yang ditulis di atasnya.

Mereka berharap untuk menggantikan kumpulan the Mamas & Papas, tetapi kumpulan ini berpecah sebelum akhir tahun itu. Hanya lagu "General Bringdown" mencecah carta.[1]

Discografi

sunting
  • Wings (1968) (ABC Dunhill Records)

Rujukan

sunting