Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Lalat.
Lalat.
Lalat pemakan bangkai, Sarcophaga carnaria
Lalat Askar Hitam, Hermetia illucens
Lalat Daun

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.

Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:-

  1. Lalat rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja.
  2. Lalat hijau
  3. Lalat tsetse Dari Kamus Dewan -(sétsi) = lalat ~ sj lalat drpd genus Glossina yg berasal dr Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur.
  4. Lalat bunga
  5. Lalat buah
  6. Lalat askar hitam lihat Wiki English ...Black Soldier Fly (Hermetia illucens)