Lalu Muhammad Zohri

Lalu Muhammad Zohri (lahir 1 Julai 2000) ialah pelari pecut Indonesia yang memenangi pingat emas dalam acara 100 meter di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2018 yang berlangsung di Tampere, Finland. Dengan catatan masa 10.18 saat.[2]

Lalu Muhammad Zohri
Zohri di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia.
Maklumat peribadi
KewarganegaraanIndonesia
Lahir (2000-07-01) 1 Julai 2000 (umur 23)
Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat, Indonesia
Ketinggian172 cm (5 ka 8 in)[1]
Berat badan60 kg (132 lb)[1]
Sukan
SukanBalapan dan padang
AcaraLari pecut
Pencapaian dan pingat
Rekod peribadi terbaik

Beliau merupakan pemegang rekod kebangsaan Indonesia dalam acara 100 meter dan 200 meter.

Kerjaya sunting

Lalu Muhammad Zohri memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2018 yang berlangsung di Tampere, Finland pada 11 Julai 2018. Dengan catatan masa 10.18 saat, beliau menewaskan dua pelari Amerika Syarikat, Anthony Schwartz dan Eric Harrison.[4]

Pencapaian beliau merupakan sejarah baharu dalam sukan olahraga Indonesia. Sebelum ini, pencapaian terbaik atlet Indonesia pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia dalam acara larian 100 meter ialah menduduki tempat kelapan pada pusingan awal di tahun 1986.

Pada Sukan Asia 2018, beliau mara ke final tetapi menduduki tempat ke-7 dalam masa 10.20 saat dalam larian 100 m. Bagaimanapun, beliau dan rakan-rakan berjaya memenangi pingat perak dalam acara 4×100 m.[5]

Pada Kejohanan Asia 2019, beliau memenangi pingat perak dengan catatan masa 10.13 saat yang diraihnya pada pusingan akhir. Catatan masa itu turut memecahkan rekod kebangsaan bagi acara larian 100 meter yang sebelum ini dipegang Suryo Agung Wibowo dengan catatan masa 10.17 saat.[6][7]

Beliau mewakili Indonesia dalam acara larian 100 meter di Sukan Olimpik Tokyo 2020, beliau tersingkir pada pusingan kelayakan.[8]

Anugerah dan Pencalonan sunting

Anugerah Tahun Kategori Keputusan Ruj.
Forbes 2021 30 Under 30 Asia (Entertainment and Sports) Ditempatkan [9]
Golden Award SIWO PWI 2019 Atlet Lelaki Harapan Menang [10]
Indonesian Sport Awards 2018 Atlet Muda Berbakat Menang [11]
iNews Indonesia Awards 2019 Atlet Berprestasi Menang [12]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Athletes - Lalu Muhammad Zohri". Asian Games 2018 Jakarta Palembang. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2018. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  2. ^ a b "IAAF: Lalu Muhammad ZOHRI - Profile". iaaf.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  3. ^ "Zohri kembali pertajam rekor nasional junior 200 meter". Antara News (dalam bahasa Indonesia). 4 Ogos 2019. Dicapai pada 5 August 2019.
  4. ^ "Lalu Muhammad Zohri, dari rumah renta menjadi juara dunia". Antara News. 2018-07-12. Dicapai pada 2018-07-12.
  5. ^ Diah, Femi (30 August 2018). "Lalu M Zohri dkk Raih Perak dari Lari Estafet 4x100 M Asian Games". detiksport (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 4 September 2022.
  6. ^ Raya, Mercy. "Lalu M Zohri Pecahkan Rekor Suryo Agung". detiksport. Dicapai pada 2019-04-30.
  7. ^ "Lalu Muhammad Zohri raih medali perak Kejuaraan Atletik Asia, pecahkan rekor nasional". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-04-30.
  8. ^ "Hasil Atletik Olimpiade Tokyo 2020: Finis Ke-5, Lalu Muhammad Zohri Terhenti". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). 31 Julai 2021. Dicapai pada 4 September 2022.
  9. ^ Liputan6.com (2021-04-22). "Daftar Anak Muda Indonesia yang Masuk Forbes 30 Under 30 Asia 2021, Bikin Bangga". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-09-18.
  10. ^ "Golden Award SIWO PWI Pusat 2019 Beri Energi dan Motivasi pada Pelaku Olahraga kata Imam Nahrawi". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-09-20.
  11. ^ "Yang Terbaik di Indonesian Sport Awards 2018" (dalam bahasa Indonesia). Detik. 23 November 2018. Dicapai pada 24 November 2018.
  12. ^ "Daftar Lengkap Peraih Penghargaan Indonesia Awards 2019". iNews.ID (dalam bahasa Indonesia). 2019-10-03. Dicapai pada 2021-09-19.