Lanun perairan Somalia

Lanun di perairan Somalia semakin mengganas pada 2008 . 62 buah kapal dagang telah diserang lanun di perairan Teluk Aden sepanjang 2008. 12 daripada 26 buah kapal kargo yang dirampas masih ditahan bersama kira-kira 200 anak kapal bagi menuntut wang tebusan jutaan ringgit.Lebih 20,000 kapal setiap tahun menggunakan Teluk Aden untuk berlayar dari benua Eropah ke Asia.

Peta Somalia
Kapal-kapal marin (CTF-150) berada di Teluk Oman

Syarikat pemikir Britain, Chantham House menyatakan kumpulan lanun di Teluk Aden telah merampas lebih 30 kapal kargo. Setakat ini syarikat perkapalan terpaksa membayar tebusan antara AS$18 juta hingga AS$30 juta (RM 62.04 juta hingga RM103.40 juta).Bayaran tebusan antara AS$500,000 hingga AS$2 juta (RM1.7 juta hingga RM6.89 juta) bagi pembebasan setiap kapal kargo. Laporan Chantham House diterbitkan dalam "Ancaman Perdagangan Global, Suapan Perang Tempatan".

Punca sunting

Perairan Teluk Aden sepanjang 3300 km merupakan laluan laut paling bahaya di dunia.

Sejak 1991 , pemimpin puak (warlord) di Somalia semakin berkuasa berbanding kuasa presiden di ibu kota Mogadishu. Kerajaan peralihan yang dibentuk pada 2004 gagal mengawal kebangkitan pejuang -pejuang Islam di Mogadishu.

Lokasi utama lanun-lanun itu bergerak aktif ialah di Teluk Aden. Perairan ini sibuk membawa barangan mentah dan cecair kimia dari benua Eropah ke benua Asia. Asia Barat merupakan negara-negara Islam menjadi rantau bergolak apabila negara Barat khususnya Amerika Syarikat, Britain, Perancis , Jerman , Itali dan lain-lain ingin campur tangan di negara-negara minyak di Arab Saudi, Kueait, Iraq, Iran, Syria, UAE, Yemen dan lain-lain.

Lanun-lanun ini cuba menghalang kapal-kapal menggunakan perairan ini dari membawa senjata dan bahan dagangan yang menguntungkan negara musuh tradisi seperti Israel. Amerika Syarikat menjadi musuh utama rakyat Somalia seperti digambarkan dalam filem "Black Hawk Down" tahun 2003.

Kapal yang menjadi mangsa sunting

  • Pada 20 Julai 2008, kapal vessel MV Stella Maris diuruskan oleh syarikat Jepun telah dirampas
  • Pada 15 Ogos 2008 , kapal kargo MV Thor Star milik Thailand dirampas di Teluk Aden. Kapal itu membawa papan plywood.
  • Kapal MT Yenegoa Ocean, sebuah bot dari Nigeria.
  • Pada 19 Ogos 2008, kapal MT Bunga Melati II dari Malaysia telah dirampas lanun di perairan Somalia. Setelah wang tebusan yang dituntut, semua mangsa dan kapal dibebaskan pada 30 September 2008.
  • Pada 29 Ogos 2008, kapal MT Bunga Melati V dirampas lanun di perairan Somalia. Mangsa dibebaskan setelah wang tebusan dibayar. Jumlah sebenar wang dibayar masih dirahsiakan.
  • Kapal kargo Ukraine MV Faina yang membawa 33 buah kereta kebal T-72 buatan Rusia, senapang dan senjata berat lain. Mereka menuntut AS$20 juta (RM68.92 juta) atau kapal itu akan diletupkan di tengah laut.

Kesan ekonomi sunting

  • Kos operasi dan penghantaran kargo meningkat secara mendadak kerana terpaksa membayar wang tebusan.
  • Peningkatan harga minyak dan tempoh pelayaran. Pilihan yang ada ialah menggunakan laluan Tanjung Harapan di Afrika Selatan tetapi laluan ini amat berbahaya, laut bergelora, banyak terumbu karang, batu tenggelam dan terdedah kepada ribut taufan tidak menentu.
  • Syarikat - syarikat insuran terpaksa menanggung kerugian besar dan enggan membayar kos kerana isu ini tertakluk dalam isu keselamatan sejagat. Premium risiko insurans juga telah meningkat sebanyak 10 kali ganda pada tahun 2008. [1]
  • Beberapa negara maritim seperti Malaysia dan Amerika Syarikat telah menghantar kapal perang untuk mengiringi kapal tangki dan kapal kargo yang belayar di sana. Tindakan ini dianggap mencampuri urusan keselamatan perairan negara terbabit.

Tindakan sunting

Pada 2 Oktober 2008 , Pemangku Pengarah Kementerian Luar Somalia, Mohammed Jammer Ali menjelaskan bahawa kerajaan Somalia pimpinan Presiden Somalia, Abdullahi Yusuf membenarkan tindakan ketenteraan diambil untuk menentang lanun terbabit.

Lapan negara Kesatuan Eropah (EU) telah menawarkan diri untuk membentuk pasukan ketenteraan bagi melindungi kapal yang melalui Teluk Aden dekat perairan Somalia. [2]

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan negara asing menghantar kapal perang ke Teluk Aden untuk membantu Somalia menyekat serangan lanun.

Rujukan sunting