Lauren Lane

pelakon Amerika Syarikat

Lauren Lane (lahir 2 Februari 1961) merupakan pelakon televisyen dan pentas yang lebih dikenali menerusi watak sebagai C. C. Babcock dalam sitkom popular The Nanny.

Lauren Lane
Kelahiran (1961-02-02) 2 Februari 1961 (umur 63)

Lane dilahirkan di Oklahoma City, Oklahoma, dan dibesarkan di Texas. Beliau merupakan ibu tunggal kepada seorang anak iaitu Kate (lahir 27 Februari 1998).

Beliau yang juga dikenali dengan nama Laura Lane memulakan bidang lakonan semenjak tahun 1984 dan telah muncul dalam beberapa rancangan TV seperti Hunter dan L.A. Law serta beberapa buah filem. Beliau juga terbabit dalam pementasan dan menjadi ahli The Actors Gang, sebuah syarikat teater berpengalaman yang diketuai oleh Tim Robbins.

Lane menamatkan pengajian sarjana muda di Universiti Texas di Arlington dan sarjana di American Conservatory Theater. Beliau kini menjadi profesor di Jabatan Teater Texas State University (nama lama; Southwest Texas State University) di San Marcos, Texas.

Pautan Luar sunting