Lee Su-jin (Bahasa Korea: 이수진, lahir 3 November 1969) merupakan seorang hakim dan ahli politik Korea Selatan.

Lee Su-jin
이수진
Lee Su-jin (kanan)
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
Memegang jawatan
30 May 2020
Didahului olehNa Kyung-won
Kawasan pilihan rayaDongjak ke-2
Butiran peribadi
Lahir (1969-11-03) 3 November 1969 (umur 54)
Jeonju, Jeolla Utara, South Korea
KewarganegaraanKorea Selatan
Parti politikDPK
Alma materUniversiti Kebangsaan Seoul
PekerjaanAhli politik, hakim

Kehidupan awal sunting

Lee dilahirkan di Jeonju, Jeolla Utara pada 1969.[1] Tempat kelahirannya disalahfahamkan sebagai Nonsan,[2][3] namun dinafikannya.[4] Dibesarkan dalam keluarga miskin, pernah berkongsi 1 bilik dengan 4 adik-beradik.[5] Beliau kehilangan ayahnya ketika berusia 11 tahun.[5] Pada suatu hari, ibunya, yang mencari rezeki sebagai penjual sarung kaki, tergelincir di atas ais dan menjalani osteonecrosis pinggul.[5] Lee, yang sering menangis untuk ini, menggambarkan keresahan ibunya di dalam diarinya.[5] Kisah ini diajukan oleh guru sekolah rendahnya ke akhbar tempatan iaitu North Jeolla Daily.[5] Kemudian, beliau menghadiri Sekolah Menengah Perempuan Sungsim Jeonju dan memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Kebangsaan Seoul[1][4] pada 1996.[2]

Kerjaya undang-undang sunting

Beliau berkelulusan ujian undang-undang pada 1998, lagi berkelulusan juga Institut Penyelidikan Kehakiman dan Latihan pada 2002.[2][4] Kerjayanya bermula di Mahkamah Daerah Incheon, lalu diteruskan di Mahkamah Tinggi Seoul, Mahkamah Daerah Seoul Tengah dan Mahkamah Daerah Seoul Selatan.[2] Pada 2011, beliaulah salah seorang pengasas Institut Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa.[3]

Beliau menarik perhatian orang ramai ketika bertanggungjawab ke atas kes Cho-Doo-soon pada 2008.[5] Mangsa berusia 8 tahun itu cedera parah hinggakan terpaksa memakai beg stoma.[5] Pejabat Pendakwaan dikritik kerana memaksa mangsa menghadiri pejabat dan mengulangi keterangannya.[5] Ibu bapanya akhirnya memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pihak Pejabat Pendakwaan.[5] Lee, sebagai seorang hakim yang bertanggungjawab, mengarahkan pihak Pejabat Pendakwaan membayar ganti rugi berjumlah 13 juta won (≒ RM46,300) kepada mangsa dan keluarga.[5]

Kerjaya politik sunting

Pada 27 Januari 2020, Lee dibawa ke Parti Demokratik Bersama (DPK).[2][3] Dalam temu bual, beliau menampakkan sokongan terhadap reformasi kehakiman, serta mencadangkan bil untuk memperkayakan kehidupan rakyat.[2]

Pada awalnya, Lee salah seorang calon yang berpotensi untuk kawasan persekutuan Dongjak ke-2, di mana MPnya iaiah Na Kyung-won dari Parti Perpaduan Masa Depan (UFP).[2] Walau bagaimanapun, beberapa sumber lain melaporkan bahawa barangkali DPK akan meletakkan bekas hakim itu ke kawasan persekutuan Uiwang-Gwacheon,[4] sedang dimiliki oleh Shin Chang-hyun yang gagal dipilih sebagai calon.[6] Pada 4 Mac, DPK telah mengesahkan pencalonan Lee sebagai calon rasmi untuk Dongjak ke-2.[1] Beliau dipuji oleh Do Jong-hwan sebagai "hakim yang bekerja keras demi masyarakat minoriti dan penghakiman adil".[1]

Pada 15 April, Lee berjaya mengalahkan Na.[7]

Kontroversi sunting

Neutraliti politik sunting

Pada 2 Januari 2020, sejurus sebelum berhenti sebagai hakim, Lee menunjukkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang sekiranya berpeluang semasa menemuramah dengan JoongAng Ilbo.[8] Kenyataannya dikritik atas pelanggaran neutraliti politik, lagi mempolitikkan badan kehakiman.[9] Dilaporkan beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Mahkamah Agung pada 31 Disember 2019.[9] Menurutkan kata rakan-rakannya, mereka terkejut apabila terdengar beliau telah membuat keputusan sedemikian.[10]

Senarai hitam Yang Sung-tae sunting

Pada 27 Januari 2020, Lee mendedahkan bahawa beliau disenarai hitam oleh bekas Ketua Hakim Yang Sung-tae.[2] Malah, beberapa sumber melaporkan nama beliau tidak dalam senarai.[11][12][4] Beliau menjelaskan bahawa beliau diturunkan kerana konflik dengan bekas Ketua Hakim, meskipun beberapa rakan lain menerangkan bahawa beliau tidak cekap dan oleh itu tidak sesuai untuk memakai istilah "diturunkan".[13]

Chin Jung-kwon, seorang pengulas sayap kiri, mengecamnya, "Memang bodohlah dia. Saya tak faham kenapa si DPK membawa bodoh-bodoh macam tu."[14][4] Yang Hong-seok, seorang peguam dari Persatuan Penyertaan, menggesa, "Cakaplah kalau Puan betul-betul seorang mangsa sebab dia. Kenapa tak cakap? Puan memang anggap rakyat macam anjing. Saya rasa Puan bukan seorang mangsa."[15]

Pada 8 April, Lee didakwa oleh pesaingnya, Na Kyung-won, atas penerbitan maklumat tidak benar.[16] "YB tak sibuk ke? Hanya rakyat je yang tahu kebenarannya." balas beliau.[16]

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihanraya umum sunting

Tahun Perlembagaan Parti politik Undi (%) Keputusan
2020 Dongjak ke-2 DPK 61,407 (52.1%) Menang

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "與, '나경원 대항마'로 이수진 공천…동작을, 동문 女판사 맞대결". 4 Mac 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  2. ^ a b c d e f g h "'민주당 영입' 이수진 전 판사, 눈물 삼킨 이유 "단칸방 둘째 딸… 법은 약자 편에 서야"". 27 Januari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  3. ^ a b c "민주당, 충남 논산 출신 이수진 前 부장판사 영입". 27 Januari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  4. ^ a b c d e f "의왕·과천 민주당 이수진 낙점설...당원,후보 전략공천 반대 술렁". 20 Februari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  5. ^ a b c d e f g h i j "'최악의 가정사' 딛고 일어선 동작을 이수진은 누구." 23 Mac 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  6. ^ "신창현, 민주당 현역 중 첫 공천탈락…김성태 한국당 불출마 선언 '정치권 급물살'". 16 Februari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  7. ^ "나경원 꺾은 이수진 "낡은 정치 끝내고 정치개혁"". 16 April 2020. Dicapai pada 16 April 2020.
  8. ^ "[단독] 양승태 의혹 폭로 이수진 판사 "지역구서 심판 받겠다"". 2 Januari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  9. ^ a b "현직 법관, 총선 출마 선언에 법조계 '충격'". 3 Januari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  10. ^ "[현장에서] 여당 의원이 되려는 이수진…동료 판사들은 당황했다". 7 Januari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  11. ^ "[단독] "블랙리스트 피해 판사"라더니, 명단에 없었다". 31 Januari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  12. ^ "총선용 '양승태 마케팅'?…블랙리스트 아닌데 블랙리스트라는 이수진". 3 Februari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  13. ^ "'블랙리스트' 주장 이수진, 동료들 진술서엔 "업무 능력 부족"". 11 Februari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  14. ^ "與인재, 이번엔 '거짓말' 논란…이수진 "난 사법농단 피해자"". 4 Februari 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  15. ^ "법조계 "이수진 후보, 양승태 대법원장한테 무슨 피해 입었나"". 30 Mac 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  16. ^ a b "나경원, 이수진 형사고발…"허위사실 공표"". 8 April 2020. Dicapai pada 13 April 2020.

Pautan luar sunting