Lee Edward Unkrich (lahir 8 Ogos 1967) merupakan seorang pengarah, penyunting, penulis skrip, dan animator Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli pasukan kreatif Pixar yang paling lama berkhidmat, di mana beliau bermula pada 1994 sebagai penyunting filem. Beliau kemudiannya mula mengarah, kemudian menjadi pengarah bersama Toy Story 2.

Lee Unkrich
Unkrich di Festival Filem Venice 2009
Kelahiran
Lee Edward Unkrich

(1967-08-08) 8 Ogos 1967 (umur 56)
Pusat pendidikanUniversiti California Selatan
PekerjaanPengarah, penyunting, penulis skrip, animator
Tahun aktif1990–kini
Terkenal keranaToy Story 2
Toy Story 3
Coco
PasanganLaura Century
Anak-anak3

Selepas menjadi pengarah bersama Monsters, Inc. dan Finding Nemo, Unkrich menduduki kerusi pengarah secara solo menerusi Toy Story 3 pada 2010, dan mengarahkan Coco pada 2017, kedua-duanya memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik.

Kehidupan dan kerjaya sunting

Unkrich dibesarkan di Chagrin Falls, Ohio. Beliau menghabiskan zaman mudanya beraksi di The Play House Cleveland. Unkrich lulus dari Sekolah Seni Sinematik Universiti California Selatan pada tahun 1990.

Unkrich merupakan Naib Presiden Editorial dan Reka Letak di Pixar. Sebelum menyertai Pixar pada tahun 1994, Unkrich bekerja selama beberapa tahun di televisyen sebagai penyunting dan pengarah. Beliau merupakan penerima Anugerah Alumni Cemerlang Mary Pickford Universiti California 2011 yang mengiktiraf sumbangan alumni kepada seni sinematik

Kehidupan peribadi sunting

Unkrich berkahwin dengan Laura Century dan dikurniakan tiga anak: Hannah, Alice, dan Max.[1]

Ibunya berasal dari keluarga Yahudi dan bapanya memeluk agama Yahudi.[2][3][4][5]

Filemografi sunting

  • Prison Stories: Women on the Inside (1991) (TV) (pembantu produksi)
  • Silk Stalkings (1991) (Siri TV) (pembantu penyunting, penyunting, pengarah)
  • Renegade (1993) (Siri TV) (pembantu penyunting)
  • Betrayed by Love (1994) (TV) (pembantu penyunting)
  • Separated by Murder (1995) (TV) (penyunting)
  • Toy Story (1995) (penyunting)
  • A Bug's Life (1998) (penyunting)
  • Toy Story 2 (1999) (pengarah bersama, penyunting, bahan cerita tambahan)
  • Monsters, Inc. (2001) (pengarah bersama, penyunting tambahan)
  • Finding Nemo (2003) (pengarah bersama, penyunting penyelia)
  • Cars (2006) (penyunting tambahan)
  • Ratatouille (2007) (penyunting tambahan)
  • Toy Story 3 (2010) (pengarah, cerita, penyunting, suara tambahan) (BAFTA) (Anugerah Akademi)
  • Monsters University (2013) (penerbit eksekutif)
  • The Good Dinosaur (2015) (penerbit eksekutif)
  • Coco (2017) (pengarah, cerita, penyunting, suara tambahan) (BAFTA) (Anugerah Akademi)
  • Toy Story 4 (2019)[6] (cerita)

Rujukan sunting

  1. ^ O'Connor, Clint (June 12, 2010). "'Toy Story 3': Director Lee Unkrich, from Chagrin Falls, doesn't want to break Pixar's golden streak". Cleveland.com. Dicapai pada January 26, 2013.
  2. ^ Miller, Gerri (27 February 2018). "Lee Unkrich: 'Coco' Creator is the Frontrunner for Best Animated Feature".
  3. ^ "'Coco' Ready for Thanksgiving Weekend Fireworks at the Box Office". 21 November 2017.
  4. ^ Bloom, Nate (January 21, 2011). "Jewish Stars 1/21". Cleveland Jewish News. Dicapai pada March 6, 2018.
  5. ^ "Interfaith Celebrities: Movies, Music, and More". InterfaithFamily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-24. Dicapai pada 2018-09-10.
  6. ^ Lang, Brent (October 26, 2016). "'Incredibles 2' Hitting Theaters a Year Early, 'Toy Story 4' Pushed Back to 2019". Variety. Dicapai pada March 6, 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar sunting