Lembaga Lebuhraya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) ialah sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi semua lebuhraya tol di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen Akta 231(1980). LLM bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, menyelia dan mengawasi projek - projek lebuh raya tol di Malaysia sebagaimana yang tertakluk kepada Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 24 Oktober 1980 |
Jenis | Agensi |
Ibu pejabat | B13 Jalan Serdang-Kajang, Bangi, Selangor, Malaysia |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Kerja Raya Malaysia |
Laman sesawang | www |
Peranan dan Aktiviti
suntingTujuan
suntingTujuan penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 1980 adalah untuk merancang, merekabentuk, membina dan menyenggara lebuh raya tol di seluruh Semenanjung Malaysia.
Lebuhraya tol yang pertama yang telah dirancang, direkabentuk, dibina dan disenggara di bawah pengawasan LLM ialah Lebuhraya Utara Selatan. Jajaran lebuh raya ini telah disiapkan secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dimasa itu. Tarikh-tarikh pembukaan bagi bahagian-bahagian jajaran berkenaan adalah seperti di jadual.
Ekoran dari dasar penswastaan kerajaan, Lebuhraya berkenaan dan lain-lain lebuh raya selepas itu telah diswastakan.
Pada bulan Mac 1988 perjanjian konsesi penswastaan Lebuhraya Tol Utara - Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang telah di tandatangani, iaitu penswastaan projek infrastruktur yang terbesar yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, untuk membina baki Lebuhraya Tol Utara - Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Perjajian ini adalah untuk selama 30 tahun mulai 1 Jun 1988 dan penyerahan sepenuhnya operasi tol bagi bahagian-bahagian lebuh raya yang telah siap dibuat dalam bulan Disember 1988.
Peranan Yang Dilaksanakan Oleh LLM Selepas Penswastaan Lebuhraya
suntingLLM memainkan peranan penting dalam mengesan, mengawal, menyelaras dan memberi khidmat nasihat kepada syarikat - syarikat konsesi dalam urusan operasi dan penyenggaraan lebuh raya bagi pihak kerajaan. Bagi Semua lebuh raya yang sedang beroperasi aspek penyenggaraan adalah amat penting. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua lebuh raya tersebut selamat dan selesa. Kerja - kerja penyenggaraan dan pengawasan dibuat melalui Pejabat - Pejabat Wilayah LLM.
Alamat
suntingPejabat | Alamat | Telefon | Faks | E-mel |
---|---|---|---|---|
Ibu Pejabat | Wisma Lebuhraya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, KM 6 Jalan Serdang - Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan | 03-87373000 / 87383000 (10 talian) | 603-87373555 | llm@llmnet.gov.my (u/p: Pengarah Pentadbiran) |
Pejabat Wilayah Utara (Pulau Pinang) | Pejabat Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jambatan Pulau Pinang, Batu 7, Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang | 04-6577911 , 04-6576292 | 04-6572872 | |
Pejabat Cawangan Wilayah Utara (Perak) | Pejabat Cawangan Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan | 05-5479220 , 05-5479230 | 05-579206 | |
Pejabat Wilayah Tengah | Lembaga Lebuhraya Malaysia, KM 6, Jalan Serdang - Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan | 03-87366211 , 03-87366213 | 03-87333749 | |
Pejabat Wilayah Selatan | Lembaga Lebuhraya Malaysia, Pejabat Penyenggaraan Senai, 81400 Senai, Johor Darul Takzim | 07-5991735 | 07-5996418 | |
Pejabat Wilayah Timur | Lembaga Lebuhraya Malaysia, Persimpangan Bertingkat Kuantan - LPT, 26050 Kuantan, Pahang Darul Makmur | 09-5612121 | 09-5612302 |
Senarai Lebuhraya
suntingNama | Kod | Panjang (km) | Tarikh Permulaan | Konsesi |
---|---|---|---|---|
Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) | E1 | 823 | 9 August 1994 | PLUS Berhad |
Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) | E3 | 47 | 2 February 1998 | PLUS Berhad |
Lebuhraya Shah Alam (KESAS) | E5 | 34.5 | 12 January 1998 | KESAS Sdn Bhd |
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) | E8 | 169 | 1 August 2004 | ANIH Berhad |
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) | E8 | 184 | 31 January 2015 | LPT2 Sdn Bhd |
Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) | E9 | 28.3 | 15 May 1999 | Besraya Sdn Bhd |
New Pantai Expressway (NPE) | E10 | 19.6 | 30 April 2004 | NPE Sdn Bhd |
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) | E11 | 40 | 25 January 1999 | Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd |
Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) | E12 | 7.9 | 18 May 2001 | Prolintas |
Kemuning–Shah Alam Highway (LKSA) | E13 | 14.7 | 18 May 2010 | Prolintas |
Kajang SILK Highway | E18 | 37 | 15 December 2004 | SILK Sdn Bhd |
Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway (SUKE) | E19 | 24.4 | 16 September 2022 | Prolintas |
Guthrie Corridor Expressway (GCE) | E35 | 25 | 23 April 2005 | Prolintas |
Pautan luar
suntingLaman web rasmi Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine