Let Me Be Your Knight

Let Me Be Your Knight (Bahasa Korea: 너의 밤이 되어줄게) ialah siri televisyen Korea Selatan yang diarahkan oleh Ahn Ji-sook dan ditulis oleh Seo Jeong-eun dan Yoo So-won. Dibintangi oleh Jung In-sun bersama ahli kumpulan rekaan Luna: Lee Jun-young, Jang Dong-joo, Kim Jong-hyun, Kim Dong-hyun dan Yoon Ji-sung, siri ini menggambarkan percintaan antara idola bintang dunia yang menderita berjalan sambil tidur dan seorang doktor pemastautin yang terpaksa untuk merawatnya secara rahsia. Siri ini mulai ditayangkan di SBS TV pada 7 November 2021, dan disiarkan setiap Ahad, jam 23:05 (KST) hingga 24 Januari 2022. Ia tersedia untuk penstriman pada iQIYI di wilayah terpilih.

Let Me Be Your Knight
GenreRomantik komedi
Drama muzikal
PenciptaPark Yoo-soo
Ditulis olehSeo Jeong-eun
Yoo Soo-won
PengarahAhn Ji-sook
Dibintangi oleh
Jung In-sun
Lee Jun-young
Jang Dong-joo
Kim Dong-hyun
Yoon Ji-sung
Kim Dong-hyun
Negara asal Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutifJang Seong-wook
Lee Tae-kyung CP
Kim Eun-mi CP
PenerbitShin In-soo
Hwang Dong-seop
Tempoh siaran79 minit
Syarikat penerbitan
Big Ocean ENM
Suer Moon Pictures
Penyiaran
Saluran asalSBS TV
Format gambar1080i (HD)
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 November 2021 – 24 Januari 2022

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang In Yoon-joo (Jung In-sun) yang kini bekerja sebagai pemandu pelancong dan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Impian beliau adalah untuk membeli kembali rumah yang milik ibu dan ayahnya sebelum meninggal dan rumah yang banyak kenangan bagi beliau.

Pada mulanya semuanya berjalan lancar apabila rumah itu hampir dimilikinya namun suatu kejadian menyebabkan Yoon-joo terpaksa menghadapi sesuatu yang menakutkan

Hal itu membuatkan Yoon-joo terpaksa untuk menyamar menjadi Kang Seon-joo (Jung In-sun), iaitu kakak kembarnya yang adalah merupakan seorang doktor yang kini berada di Amerika Syarikat.

Yoon Tae-in (Lee Jun-young) adalah merupakan ketua untuk kumpulan Luna, iaitu sebuah kumpulan lelaki yang cukup popular di Korea Selatan.

Tae-in merupakan tunggak utama bagi kumpulan ini dimana semua lagu mereka digubah dan ditulis sendiri oleh Tae-in.

Kumpulan Luna mempunyai 5 orang ahli termasuk Lee Jun-young, Seo Woon-yeon (Jang Dong-joo), Lee Shin (JR), Kim Yoo-chan (Yoon Ji-sung) dan Woo Ga-on (Kim Dong-hyun).

Biarpun kumpulan Luna cukup popular namun realiti dalam kehidupan sebenar mereka adalah tidak baik sesama mereka sendiri.

Jun-young yang mengalami sakit tidur sambil berjalan dan sukar untuk tidur, selain dia juga menghadapi masalah keluarga. Yoon-joo terpaksa menjadi doktor psikologi pada Jun-young dan merawat dia sehingga sembuh, dan semasa proses penyembuhan ada sesuatu telah terjadi antara mereka.

Pelakon sunting

Watak utama

Ahli Luna

Dibantu oleh:

  • Kim Kyung-ho sebagai No Sang-hoon
  • Seo Hye-won sebagai Jeong Ba-reun
  • Shin Ha-young sebagai Cha Ji-yeon
  • Kwak Jae-hyung sebagai Wakil Moon-in
  • Choi Hwani sebagai Gil Soon-nam
  • Lee Se-chang sebagai Wakil Jang
  • Park Ji-won sebagai Hyobin
  • Joo-ah sebagai Kim Yeon-jong
  • Park So-eun sebagai Hong jae-eun

Penampilan khas:

  • Lee Jae-yoon sebagai Tuan Joo-do
  • Kang Ji-young sebagai Nina

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting