Charles Lutwidge Dodgson (/ˈdɒdsən/, disebut DOD 27 Januari 1832 – 14 Januari 1898), lebih dikenali dengan nama samaran Lewis Carroll, ialah seorang pengarang, ahli matematik, ahli logik, dekan Anglikan dan jurugambar berbangsa Inggeris. Antara karya-karya terkenalnya termasuk Alice's Adventures in Wonderland dan susulannya Through the Looking-Glass, di samping puisi-puisi "The Hunting of the Snark" dan "Jabberwocky", semuanya merupakan contoh karya bergenre karut sastera. Beliau terkenal kerana kebolehannya dalam main kata, logik, dan fantasi.

Charles Lutwidge Dodgson
tinted monochrome 3/4-length photo portrait of seated Dodgson holding a book
Nama penaLewis Carroll
PekerjaanPengarang, ahli mathematik, paderi Anglikan, jurugambar
WarganegaraBritish
GenreKesusasteraan kanak-kanak, kesusasteraan fantasi, puisi, karut sastera
Karya terkenalAlice's Adventures in Wonderland, Through the Looking-Glass, "The Hunting of the Snark", "Jabberwocky"

Kegiatan seni

sunting

Sastera

sunting

Sejak muda lagi, Dodgson gemar mengarang puisi dan cerpen yang banyak disumbangkan kepada majalah keluarga Mischmasch, sebelum beralih ke pelbagai majalah untuk mencapai kejayaan yang sederhana. Pada tahun 1854 hingga 1856, karyanya muncul dalam terbitan edaran seluruh negara, The Comic Times dan The Train, dan juga majalah kecilan seperti Whitby Gazette dan Oxford Critic. Kebanyakan hasil kerjanya adalah lucu, adakalanya berunsur satira, tetapi standard dan cita-citanya berat tuntutannya. "Saya tidak rasa saya belum menulis apa-apa yang wajar mendapat penerbitan rasmi (yang mana saya mengecualikan Whitby Gazette atau Oxonian Advertiser), tetapi saya tidak putus asa berbuat demikian," tulisnya pada Julai 1855.[1]

Pada tahun 1856, Dodgson menerbitkan karya pertamanya di bawah nama penanya, iaitu serangkap puisi asmara berjudul "Solitude" yang disiarkan dalam majalah The Train dan dikarang oleh "Lewis Carroll." Nama samaran ini memain kata nama sebenarnya, iaitu Lewis yang diinggeriskan dari Ludovicus, iaitu nama Latin untuk Lutwidge, dan Carroll, marga Ireland yang dengan nama Latin Carolus, yang menjadi asal-usul nama Charles.[2]

 
"Kesukaran yang dialami oleh Alice ketika mula-mula menggunakan flamingo"
 
The Jabberwock, ilustrasi John Tenniel untuk Through the Looking Glass, merangkumi puisi "Jabberwocky".

Pada tahun 1856, seorang Dekan baru, Henry Liddell, tiba di Christ Church, bersama keluarganya yang banyak mempengaruhi kehidupan dan kerjaya sastera Dodgson. Dodgson mengeratkan persahabatan dengan isteri Liddell, Lorina, dan anak-anak mereka, terutamanya tiga bersaudari: Lorina, Edith dan Alice Liddell. Selama bertahun-tahun lamanya, beliau dipercayai mendapatkan watak "Alice" sendiri sempena Alice Liddell. Ini mungkin disokong oleh kenyataan bahawa nama penuhnya tertera dalam puisi akrostik di akhir Through the Looking Glass, lebih-lebih lagi dalam kedua-dua buku berkenaan banyak menyentuh keperibadian Alice Liddell secara terselit. Karoline Leach menjelaskan bahawa Dodgson sendiri acap kali menafikan bahawa "wirawati mudanya" ini berasaskan mana-mana kanak-kanak yang sebenar,[3][4], sebaliknya beliau sering mengajukan karya-karyanya kepada Liddell bersaudari itu dengan membubuh nama-nama mereka dalam puisi-puisi akrostik di awal karya. Nama Gertrude Chataway tersiar dalam bentuk sebegini di permulaan puisi "The Hunting of the Snark", tetapi tidak siapa pun yang mempercayai bahawa mana-mana watak dalam naratifnya adalah berdasarkan Gertrude itu.[4]

Walaupun tidak banyak yang diketahui (diari Dodgson dari tahun 1858–1862 sudah hilang), namun adalah nyata sekali bahawa persahabatan Dodgson dengan keluarga Liddell amat penting dalam hidupnya pada akhir 1850-an, sehingga beliau cenderung membawa anak-anaknya pergi menaiki perahu ke Nuneham Courtenay atau Godstow.[5]

Pada 4 Julai 1862, dalam satu ekspedisi, Dodgson mencipta garis kasar cerita yang bakal menjadi kejayaan pertama dan terbesar buat beliau. Setelah mendengarn cerita dan dirayu oleh Alice Liddell supaya menulisnya, Dodgson akhirnya mempersembahkan kepadanya sebuah manuskrip tulisan tangan berilustrasi yang bertajuk Alice's Adventures Under Ground pada November 1864.[5]

Sebelum ini, sanak-saudara kepada rakan dan mentornya, George MacDonald membaca manuskrip Dodgson yang belum siap ini. Keghairahan anak-anak MacDonald menggalakkan Dodgson supaya mencari penerbitan. Pada tahun 1863, beliau membawa manuskrip yang belum siap itu kepada penerbit Macmillan yang terus menyukainya. Selepas judul-judul pilihan Alice Among the Fairies dan Alice's Golden Hour ditolak, akhirnya karya itu diterbitkan dengan judul Alice's Adventures in Wonderland pada tahun 1865 di bawah nama Lewis Carroll yang dipakai oleh Dodgson sejak sembilan tahun sebelum ini.[6] Kerja ilustrasi ketika itu adalah hasilSir John Tenniel; nyata sekali Dodgson menyangka bahawa sebuah buku terbitan memerlukan kemahiran pelukis profesional.

Kejayaan besar buku Alice pertama ini dalam pasaran banyak mengubah kehidupan Dodgson. Kenamaan alter egonya "Lewis Carroll" cepat meluas ke seluruh dunia. Beliau dihujani surat peminat dan juga mendapat perhatian yang tidak diingini. Sememangnya, mengikut satu khabar meluas yang dinafikan oleh Dodgson berpuluh tahun kemudian, Ratu Victoria sendiri amat menikmati Alice In Wonderland sehingga beliau mencadangkan supaya buku seterusnya didedikasikan kepada baginda, maka baginda kemudian dipersembahkan karya Carroll yang seterusnya, iaitu jilid matematik cendekiawan yang berjudul An Elementary Treatise on Determinants.[7][8] Dodgson juga turut meraih pendapatan yang lumayan tetapi masih meneruskan kerjanya yang nampaknya tidak disukainya di Gereja Christ.[6]

Pada akhir tahun 1871, keluarnya cerita susulannya, iaitu Through the Looking-Glass And What Alice Found There. (Halaman judul edisi pertama tersilap tertera "1872" sebagai tarikh penerbitan.[9]) Suasananya yang lebih menggerunkan mungkin mencerminkan perubaan dalam kehidupan Dodgson. Bapanya baru meninggal ketika itu (1868), menyebabkan beliau mengalami kemurungan selama bertahun-tahun lamanya.[6]

The Hunting of the Snark

sunting

Pada tahun 1876, Dodgson menghasilkan karya hebat yang terakhirnya, iaitu The Hunting of the Snark, sebuah puisi fantasi "karut" yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan pedagang dan seekor beaver yang pergi mencari makhluk yang bernama Snark. Pelukis Dante Gabriel Rossetti terkenal kerana percaya bahawa puisi ini adalah mengenai dirinya.[6]

Fotografi

sunting
 
Photo of Alice Liddell taken by Lewis Carroll (1858).

Pada tahun 1856, Dodgson menceburi seni baru, mula-mulanya setelah dipengaruhi oleh bapa saudaranya Skeffington Lutwidge, dan kemudiannya oleh rakannya dari Oxford, Reginald Southey. Lambat-laun, beliau menguasai seni fotografi lalu menjadi seorang jurugambar terkenal. Beliau juga kelihatan berangan-angan hendak mencari nafkah sebagai jurugambar sewaktu muda lagi.[6]

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Roger Taylor dan Edward Wakeling[10] menyenaraikan segala cetakan foto ambilan Dodgson yang masih ada. Taylor menyimpulkan bahawa hanya lebih 50% foto yang masih ada itu merakam kanak-kanak perempuan, tetapi angka tersebut mungkin tidak mencerminkan jumlah sebenar memandangkan 60% himpunan gambar foto aslinya kini sudah hilang,[11] maka adalah sukar untuk membuat kesimpulan yang kukuh. Dodgson juga banyak membuat kajian tentang lelaki, wanita, kanak-kanak lelaki dan landskap; subjek-subjeknya juga termasuk rangka, anak patung, anjing, patung dan seni lukis, dan pokok. Kajiannya terhadap kanak-kanak bogel sekian lama dipercayai hilang, tetapi enam keping sudah ditemui, lima daripadanya diterbitkan dan disiarkan di Internet.[12]

Beliau juga percaya bahawa bidang penggambaran boleh menaikkannya ke dalam golongan sosial yang lebih tinggi. Sepanjang sebahagian kerjayanya yang paling produktif, beliau membuat potret tokoh-tokoh terkenal seperti John Everett Millais, Ellen Terry, Dante Gabriel Rossetti, Julia Margaret Cameron, Michael Faraday dan Alfred, Lord Tennyson.[6]

Dodgson tiba-tiba berhenti menangkap foto pada tahun 1880, atas sebab-sebab yang tidak jelas. Selama 24 tahun, beliau sudah menguasai sepenuhnya bidang fotografi, serta mendirikan studio sendiri di bumbung Tom Quad, dan menghasilkan sekitar 3,000 gambar. Setelah peredaran zaman dan kemusnahan yang disengajakan, hanya tak lebih seribu gambar yang masih wujud. Sejak kedatangan Modernisme, citarasa pun berubah, maka hasil fotografi beliau dilupakan sejak sekitar 1920 hingga 1960-an.

Ciptaan

sunting

Untuk memupuk amalan menulis surat, Dodgson mencipta The Wonderland Postage-Stamp Case pada tahun 1889. Ini merupakan sejenis folder bermuka belakang kain yang ada 12 lubang selit, dua daripadanya untuk diisi setem satu peni, dan setiap satu yang lain untuk setem yang bernilai lebih besar hingga satu syiling. Folder itu kemudiannya dimasukkan dalam bekas slip yang dihiasi dengan gambar Alice di depan dan Kucing Cheshire di belakang. Seluruh folder dan bekasnya boleh dibawa dalam poket atau beg duit. Setiap bekas yang dikeluarkan juga dilampirkan sehelai risalah panduan yang dibuat oleh Carroll sendiri, iaitu Eight or Nine Wise Words About Letter-Writing.[13][14]

Satu lagi ciptaannya ialah sejenis tablet bertulis yang dinamakan nyctograph yang digunakan untuk menulis nota dalam kegelapan pada waktu malam, supaya tiada perlunya bersusah payah naik dari katil dan membuka pelita apabila terfikirkan buah fikiran. Peranti ini terdiri daripada kad bergrid 16 petak dan sistem aksara yang mewakili abjad rekaan Dodgson, menggunakan bentuk huruf yang serupa dengan sistem penulisan Graffiti pada peranti Palm.

Sastera

sunting

Matematik

sunting
  • A Syllabus of Plane Algebraic Geometry (1860)
  • The Fifth Book of Euclid Treated Algebraically (1858 and 1868)
  • An Elementary Treatise on Determinants, With Their Application to Simultaneous Linear Equations and Algebraic Equations
  • Euclid and his Modern Rivals (1879), both literary and mathematical in style
  • Symbolic Logic Part I
  • Symbolic Logic Part II (published posthumously)
  • The Game of Logic
  • Some Popular Fallacies about Vivisection
  • Curiosa Mathematica I (1888)
  • Curiosa Mathematica II (1892)
  • The Theory of Committees and Elections, collected, edited, analyzed, and published in 1958, by Duncan Black

Rujukan

sunting
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ekfvyz
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama kqihew
  3. ^ Cohen, Morton N. (ed), The Letters of Lewis Carroll, London: Macmillan, 1979.
  4. ^ a b Leach, Karoline In the Shadow of the Dreamchild Ch. 5 "The Unreal Alice"
  5. ^ a b Leach, Karoline In the Shadow of the Dream Child Ch. 4
  6. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama snaogq
  7. ^ Wilson, Robin (17 November 2008). Lewis Carroll in Numberland: His Fantastical Mathematical Logical Life. W.W. Norton. ISBN 978-0-393-06027-0.
  8. ^ "Lewis Carroll – Logician, Nonsense Writer, Mathematician and Photographer". The Hitchhiker's Guide to the Galaxy. BBC. 26 August 2005. Dicapai pada 2009-02-12.
  9. ^ Cohen, Morton (24 Jun 2009). Introduction to "Alice in Wonderland and Through the Looking-Glass". Random House. ISBN 978-0-553-21345-4.
  10. ^ Taylor, Roger; Wakeling, Edward (25 Februari 2002). Lewis Carroll, Photographer. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-07443-6.
  11. ^ how much evidence is there?[pautan mati]
  12. ^ "The Photography of Lewis Carroll — The Photography of Lewis Carroll". Photographyoflewiscarroll.googlepages.com. Dicapai pada 2010-03-11.
  13. ^ Flodden W. Heron, "Lewis Carroll, Inventor of Postage Stamp Case" in Stamps, vol. 26, no. 12, 25 Mac 1939
  14. ^ "Lewis Carroll Related Postage Stamps". The Lewis Carroll Society. 28 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-10. Dicapai pada 2009-02-12.