Luak Tanah Datar (Minangkabau: Luhak Tanah Data) ialah salah satu kawasan pergabungan dari beberapa nagari dalam wilayah budaya Minangkabau. Ia digelar Luak Nan Tigo bersama-sama Luak Agam dan Luak Lima Puluh.

Balairung Sari di Nagari Tabek.

Luak Tanah Datar kini meliputi Kabupaten Tanah Datar, Kabupaten Sijunjung, Kota Padang Panjang, Kota Sawahlunto, Kabupaten Solok dan Kota Solok.

Kawasan Luak Tanah Datar ialah kawasan utama dalam tradisi masyarakat Minangkabau, tempat semayam Yang di-Pertuan Pagaruyung atau Raja Alam Minangkabau. Masyarakatnya secara umum mengamalkan peraturan Kota Pilin (Minangkabau: Koto Piliang), peraturan adat yang digagas oleh Datuk Ketemenggungan. Manakala Peraturan Bodi Caniago yang digagas Datuk Perpatih nan Sebatang mempunyai pangkalan pengikut di Limo Kaum.

Etimologi

sunting

Tidak terdapat maklumat yang pasti mengenai asal usul nama Tanah Datar. Namun terdapat sebuah penafsiran lain dari kegunaan nama Tanah Datar ini, iaitu sebenarnya dari Tak Nan Data dalam bahasa Minangkabau yang bermaksud tidak ada yang datar. Pengertian ini bercanggah dengan maksud harfiah Tanah Datar, iaitu tanah yang rata. Hal ini mengingat pada kawasan Luak ini memang sukar ditemukan tanah yang datar, tambahan pula keadaan geografi kawasan ini berbukit dan berlembah, sehingga maksud tidak terdapat tanah yang datar tentu lebih tepat untuk keadaan geografi kawasan luak ini.[perlu rujukan]

Sejarah

sunting

Luak Tanah Datar ialah luak yang pertama kali didirikan, sehingga disebut Luak Nan Tuo yang bermaksud luak yang tua. Banyak peninggalan sejarah yang ditemukan di luak ini seperti Sawah Satampang Baniah, Lurah Nan Indak Barangin, Galundi Nan Baselo, Batu Batikam, Balai Nan Panjang, dan Kuburan Panjang. Sebahagainnya ialah peninggalan purbakala.

Penduduk Luak Tanah Datar pada awalnya didominasi oleh penghijrah dari India Selatan. Ini dibuktikan dengan banyaknya gelaran bernuansa India yang dipakai oleh Datuk di Minangkabau, seperti Maharajo yang berasal dari kata Maharaj dan Rajo Indo yang berasal dari kata Rajendra.

Di luak ini terdapat sebuah petempatan penduduk yang bernama Nagari Pariangan, yang dipercayai oleh masyarakat Minangkabau sebagai nagari pertama di Minangkabau. Kerajaan pertama di Minangkabau juga ada di luak ini, yang disebut Kerajaan Pasumayan Koto Batu . Dari Luak Tanah Datar inilah orang Minangkabau berkembang dan berpindah ke kawasan lain seperti Luak Lima Puluh dan Luak Agam.

Kawasan yang dinamakan bersempena Luak Tanah Datar

sunting

Rujukan

sunting