Lunch atop a Skyscraper

Lunch atop a Skyscraper (New York Construction Workers Lunching on a Crossbeam) ialah gambar yang diambil di atas kerja keluli 30 Rockefeller Plaza, diambil semasa pembinaan Rockefeller Center, di Manhattan, Bandar Raya New York, Amerika Syarikat.

Lunch atop a Skyscraper, 1932

Gambaran keseluruhan sunting

Gambar itu memaparkan sebelas lelaki yang sedang makan tengahari, duduk di atas sebuah girder dengan kaki mereka teruntai 840 kaki (260 meter)[1] di atas jalan-jalan Bandar Raya New York. Gambar itu diambil pada 20 September 1932, di tingkat 69 Bangunan RCA pada bulan-bulan terakhir pembinaan. Menurut arkivis, gambar itu sebenarnya telah diatur sebelumnya.[1] Walaupun gambar tersebut menunjukkan pekerja tahan api, ia dipercayai bahawa momen itu dipentaskan oleh Rockefeller Center untuk mempromosikan pencakar langit barunya.[1] Gambar-gambar lain yang diambil pada hari yang sama menunjukkan beberapa pekerja yang membaling bola sepak dan berpura-pura tidur di atas girder.[2] Foto itu muncul pada suplemen foto Ahad dari New York Herald Tribune pada 2 Oktober 1932.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Malm, Sara (September 20, 2012). "The picture that proves why iconic photograph of workers eating their lunch on Rockefeller beam was all a publicity stunt". Daily Mail. London. Dicapai pada September 29, 2012.
  2. ^ Gambino, Megan (September 19, 2012). "Lunch Atop a Skyscraper Photograph: The Story Behind the Famous Shot". www.smithsonianmag.com. Dicapai pada November 29, 2017.
  3. ^ "Lunch Atop A Skyscraper: The Story Behind The 1932 Photo". YouTube. Time.

Pautan luar sunting