Harvard Mark I

(Dilencongkan dari MARK I)

Harvard Mark I [1], merupakan komputer digital automatik besar-besaran pertama di Amerika Syarikat. Ia dianggap oleh sesetengah orang sebagai kalkulator sejagat pertama.

Bahagian kiri Harvard-IBM Mark 1
Bahagian kanan

Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri.

Ciri sunting

Ciri-ciri MARK I ialah ia mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750,000 bahagian yang diikat bersama menggunakan wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis.

Nota sunting

  1. ^ Nama mesin tersebut seperti yang terpapar padanya ialah Aiken-IBM Automatic Sequence Controlled Calculator Mark I.