Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

(Dilencongkan dari MATRADE)

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Inggeris: Malaysia External Trade Development Corporation; lebih dikenali sebagai MATRADE) ialah sebuah agensi perdagangan luar kerajaan Malaysia. Peranan utamanya ialah membantu pengeksport Malaysia membangunkan dan mengembangkan pasaran eksport mereka. Ia ditubuhkan di bawah Akta MATRADE 1992 pada Mac 1993 sebagai agensi berkanun dan cabang promosi perdagangan luar di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[1][2]

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
MATRADE
MATRADE logo.svg
Gambaran keseluruhan
DibentukMac 1993; 29 tahun yang lalu (1993-03)
Di bawah bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatMenara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur
Eksekutif agensi
  • Ir Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros, Ketua Pegawai Eksekutif
  • YBhg. Tan Sri Dr. Halim Mohammad, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Laman sesawang
www.matrade.gov.my

MATRADE juga menganjurkan program padanan perniagaan bagi syarikat Malaysia dan pengimport asing. Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan, MATRADE menjadi titik rujukan pertama untuk pertanyaan dan lawatan oleh pengimport asing. Peranan agensi ini juga untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi tempatan yang serasi yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan. MATRADE juga ialah pemilik Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE yang ditubuhkan pada Januari 2007.[3] Tan Sri Dr. Halim Mohammad merupakan Pengerus MATRADE sejak 1 Januari 2019.[4]

ObjektifSunting

Objektif penubuhan MATRADE ialah untuk meningkatkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara; menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing; memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.[5]

Visi dan misiSunting

  • Menjadikan Malaysia Sebagai Negara Perdagangan Kompetitif Di Dunia
  • Memajukan Perusahaan Malaysia Ke Serata Dunia

RujukanSunting

  1. ^ "Nation building via trade excellence". The Star Online. 31 Disember 2018. Dicapai pada 14 Mac 2019.
  2. ^ "Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE): Corporate history". StudyMalaysia. 10 Julai 2015. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  3. ^ Sabry Tahir (6 February 2007). "Matrade centre to open soon". The Star Online. Dicapai pada 14 March 2017.
  4. ^ "Matrade appoints Halim Mohamed as Chairman". The Sun Daily. 11 January 2019. Dicapai pada 15 March 2019.
  5. ^ "MATRADE: Mengenai kami". Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. Dicapai pada 10 Julai 2015.

Pautan luarSunting