Magnavox Odyssey² merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Magnavox dalam tahun 1970-an. Konsol ini dikenali dengan nama Philips Videopac G7000 di Eropah, Philips Odyssey di Brazil[3] dan di Amerika Syarikat dikenali dengan nama Magnavox Odyssey² atau Philips Odyssey²[3].

Magnavox Odyssey²
Magnavox-Odyssey-2-Console-Set.jpg
PengilangMagnavox
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kedua
Ketersediaan runcitKesatuan Eropah Disember 1978[1]
Amerika Syarikat Februari 1979[1]
Jepun September 1982[1]
MediaKatrij ROM[2]
CPUIntel 8048 (8-bit) berkelajuan 1.79 MHz

Pada awal tahun 1970-an, syarikat Magnavox merupakan pelopor kepada industri konsol permainan video dan berjaya memasarkan konsol pertama di dunia iaitu Magnavox Odyssey, dan diikuti dengan beberapa model lain yang dipertingkatkan dari konsol Odyssey ini. Pada tahun 1978, syarikat Magnavox yang bernaung di bawah syarikat elektronik Philips mengeluarkan Odyssey².


SpesifikasiSunting

Tidak banyak permainan video yang dikeluarkan untuk konsol Odyssey² kerana Magnavox tidak mengeluarkan lesen hak pembangunan permainan video kepada pihak ketiga. Kesemua permainan video untuk konsol ini dibangunkan oleh seorang pembangun, Ed Averett yang merupakan bekas jurujual di Intel[4].

Sistem teras
Cip mikropemproses Intel 8048 (8-bit) berkelajuan 1.79 MHz
RAM 64 B
RAM video 128 B
Grafik dan suara
Palet warna 12 warna
Resolusi skrin 160px x 200px
Saluran audio 1 saluran mono


RujukanSunting

  1. ^ a b c Cassidy, William. "THE ODYSSEY² TIMELINE!". The Next Level. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  2. ^ Langshaw, Mark. "Magnavox Odyssey retrospective: How console gaming was born". Digital Spy. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  3. ^ a b Torres, Gabriel. "Inside the Magnavox Odyssey2". Hardware Secrets. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  4. ^ Watcher, Dark. "Magnavox Odyssey2 \ Philips Videopac". Video Game Console Library. Dicapai pada 20 Oktober 2015.