Mengenai audio iniMaharashtra  (bahasa Marathi: महाराष्ट्र mahārāṣṭra, IPA: [məharaːʂʈrə], terjemahan: Negara Besar) ialah negeri ketiga besar di India dari segi keluasan dan kedua teramai bilangan penduduknya selepas Uttar Pradesh. Maharashtra bersempadan dengan negeri-negeri Gujarat, Madhya Pradesh, Chhattisgarh, Andhra Pradesh, Karnataka, Goa dan wilayah Kesatuan Dadra dan Nagar Haveli. Laut Arab merupakan pantai barat negeri ini. Mumbai, bandaraya yang paling ramai penduduk di India, ialah ibu negeri Maharashtra. Mumbai ialah sebuah bandaraya kosmopolitan, dan berperanan sebagai pusat kewangan dan hiburan negara.

Maharashtra

महाराष्ट्र

—  state  —


Lokasi Maharashtra
Koordinat
Negara  India
Daerah 35
Tarikh ditubuhkan 1 Mei 1960
Ibu negeri Mumbai
Bandar terbesar Mumbai
Gabenor SM Krishna
Ketua Menteri Vilasrao Deshmukh
Perundangan (kerusi) Dwidewan (289 + 78)
Penduduk

Kepadatan

96,752,247 (2)

314.42/km2 (814/sq mi)

Bahasa rasmi Marathi
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 307713 km2 (118809 sq mi)[1]
ISO 3166-2 IN-MH
Laman web maharashtra.gov.in
Mohor Maharashtra

Nama Maharashtra pertama kali muncul dalam sebuah catatan abad ke-7 oleh sebuah pengembara China, Hiuen-Tsang.

Pada tahun 90 M, Vedishri[2], anakanda kepada raja Satavahana, Satakarni, "Raja Dakshinapatha, pemilik cakera Kedaulatan yang tidak berhenti", menjadikan Junnar, 30 batu di utara Pune, sebagai ibu negara baginda. pada awal abad ke-14 the orang Yadav Devgiri digulingkan oleh kuasa Muslim dari utara. Sejak itu, rantau ini ditadbir oleh beberapa kerajaan yang bergelar Kesultanan Deccan.[3]

Pada abad ke-17, orang Maratha di bawah pimpinan Shivaji Raje Bhosale bangkit menentang penceroboh Mughal. Setelah perjuangan sepanjang hayat menentang Mughal dan kuasa-kuasa Islam yang lain beliau menubuhkan sebuah negeri merdeka dengan pentadbiran yang cekap dan bala tentera yang gagah. Pada tahun 1680, sewaktu kematian Shivaji, hampir seluruh wilayah Deccan tertakluk dalam kerajaan beliau. Maka itu, beliau dianggap sebagai bapa negeri Maratha.

Setelah India mencapai kemerdekaan, pada tahun 1960 sebuah negeri Maharashtra yang berasingan dibentuk daripada presidensi Bombay dan wilayah-wilayah Tengah. Bahasa utama negeri ini ialah bahasa Marathi.

Rujukan sunting

  1. ^ ""Maharashtra", Government of India, Ministry of Home Affairs, National Informatics Center. (NIC)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-02-26. Dicapai pada 2007-05-01.
  2. ^ Satu catatan di Naneghat menyifatkan Vedishri sebagai seorang raja yang amat berani dan juga pemerintah Dakshinapatha (Deccan). Mirashi, Studies in Indology, vol. I, p. 76 f.]
  3. ^ [1]

Pautan luar sunting