Mahavamsa

Mahavamsa (Bahasa Pali: Mahāvaṃsa, Bahasa Sinhala: මහාවංශය, Bahasa Tamil: மகாவம்சம், translit. Makāvamcam) adalah babad sejarah menyatakan susur kejadian yang berlaku dalam pulau Langkapura[1] yakni Sri Lanka moden.

Ia ditulis seorang sami Buddha di kuil Mahavihara di Anuradhapura sekitar pada abad ke-5 dalam gaya puisi epik dalam bahasa Pali.[1] Karya ini ditulis menumpukan dari awal legendarisnya ditandakan kedatangan Putera Vijaya dari India pada tahun 543 SM sehingga pemerintahan Raja Mahasena (277–304 M) serta kemas kini lanjutan oleh seberapa penulis yang berbeza. Babad ini sering mengaitkan dengan kejadian-yang berlaku dalam kerajaan-kerajaan di tanah India sendiri, lalu ia juga menjadi bahan rujukan berharga bagi para sejarawan mentarikhkan mengikut dinasti kerajaan sezaman.

Pada tahun 2021, babad ini dipertimbangkan kedudukannya sebagai suatu warisan UNESCO.[2]

RujukanSunting

  1. ^ a b Sailendra Nath Sen (1 January 1999). Ancient Indian History and Civilization. New Age International. m/s. 91. ISBN 978-81-224-1198-0.
  2. ^ "Ola-leaf Mahavamsa to be declared a World Heritage". Daily News. 25 Feb 2021.

Pautan luarSunting