Majlis Latihan Skuba Rekreasi Dunia

Majlis Latihan Skuba Rekreasi Dunia atau dalam bahasa Inggeris World Recreational Scuba Training Council (WRSTC) telah diasaskan pada 1999 dan ia didedikasikan khusus untuk melaksanakan standard piawaian latihan minimum bagi latihan selam rekreasi termasuklah selam skuba. Ini juga bagi mengawal dan memantau aktiviti pengeluaran sijil skuba kepada agensi latihan skuba yang bertauliah di seluruh dunia. Pemberian keahlian WRSTC adalah sangat terhad kepada sesebuah negara mahupun majlis-majlis wilayah. Majlis-majlis wilayah yang terdiri dari organisasi latihan persendirian hanya merangkumi 50 % sahaja dari keseluruhan pemegang sijil selam tahunan yang terdapat dalam majlis ini. Ahli-ahlinya hadir dari pelbagai negara dan benua.[1] Sesuatu majlis negara dan kebangsaan pula disebut sebagai RSTC (Majlis Latihan Skuba Rekreasi).

Organisasi latihan selam rekreasi yang terkenal juga tidak semestinya boleh tergolong sebagai ahli organisasi dalam majlis ini mahupun ahli di dalam Confédération Mondiale des Activités Subaquatiques (CMAS), misalnya National Association of Underwater Instructors (NAUI),[2] Kelab Sub-Aqua British (BSAC), dan International Association of Nitrox and Technical Divers (IANTD).[3]

RSTC Amerika Syarikat sunting

RSTC Amerika Syarikat telah disahkan sebagai ANSI Pembangun Akreditasi Piawaian (ASD) untuk membangunkan sukan selam rekreasi menurut arahan piawaian dan lain-lain piawaian yang isunya berkaitan.[4] Berikut adalah agensi / organisasi latihan yang tergolong dalam senarai ahli:[5]

  • IDEA - International Diving Educators Association
  • PADI - Professional Association of Diving Instructors
  • PDIC - The Professional Diving Instructors Corporation
  • SDI - Scuba Diving International
  • SSI - Scuba Schools International

Rujukan sunting

  1. ^ "Mission Statement". World Recreational Scuba Training Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-18. Dicapai pada 2007-12-07.
  2. ^ Ironinya, dari tahun 1986 hingga 1992 WRSTC diselia oleh Ken Brock, yang juga pada masa yang sama ialah pengarah eksekutif bagi NAUI.[1] Diarkibkan 2011-07-18 di Wayback Machine
  3. ^ Although IANTD is better known as a technical diving training organisation, it has a significant recreational training programme.
  4. ^ "ANSI Accredited Standards Developers listing" (pdf). American National Standards Institute. m/s. 150. Dicapai pada 2009-04-16.
  5. ^ "United States Agencies". World Recreational Scuba Training Council. Dicapai pada 2007-12-07.

Pautan luar sunting