Buka menu utama
Jangan dikelirukan dengan Angkatan Pertahanan Croatia.

Majlis Pertahanan Croatia (Bahasa Croatia: [Hrvatsko vijeće obrane] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), HVO) adalah sebuah formasi tentera rasmi di Republik Herzeg-Bosnia Croatia, sebuah entiti tidak sah yang wujud di Bosnia dan Herzegovina antara tahun 1991 hingga 1994 semasa Perang Bosnia. HVO adalah pasukan tentera utama bagi etnik Croat di Bosnia dan Herzegovina.

Majlis Pertahanan Croatia
Hrvatsko vijeće obrane
Logo of Croatian Defence Council.svg
Lambang Majlis Pertahanan Croatia
Diasaskan 8 April 1992
Dibubarkan 1 Disember 2005
Ibu pejabat Mostar
Kepimpinan
Panglima Tertinggi Milivoj Petković
Menteri Pertahanan Bruno Stojić (1992 - 1993)
Vladimir Šoljić (1993 - 1996)
Kakitangan aktif 50,000 (1995)
Industri
Pembekal luar  Croatia
Rencana berkaitan
Sejarah Republik Herzeg-Bosnia Croatia
Perang Bosnia
Perang Bosniak-Croat
Operasi Ribut
Kereta kebal T-55 milik HVO

Pada tahap awal Perang Bosnia, HVO berperang bersama-sama dengan Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (ARBiH) menentang etnik Serb Bosnia, tetapi pada tahap terkemudian konflik ia mula berselisih dengan bekas sekutunya, terutamanya di kawasan Mostar.[1]

HVO kemudian digabungkan ke dalam Tentera Darat Persekutuan Bosnia dan Herzegovina (VFBiH) pada Disember 1995 berikutan persetujuan yang dibuat selepas menandatangani Perjanjian Dayton. Pada Disember 2005, HVO disusun semula sebagai Rejimen Infantri Pertama (Pengawal) dalam Angkatan Tentera Bosnia dan Herzegovina, selepas VFBiH dan Tentera Darat Republika Srpska disatukan menjadi sebuah angkatan tentera tunggal.

SejarahSunting

HVO (Majlis Pertahanan Croatia) telah ditubuhkan pada 8 April, 1992 di Grude oleh para pemimpin politik Croat, terutamanya anggota dalam Kesatuan Demokratik Croatia (Hrvatska Demokratska Zajednica) sebagai sebuah formasi tentera di Herzeg-Bosnia.

KomanderSunting

PertubuhanSunting

 
Sebuah artileri Howitzer D-30J 122mm milik HVO dalam satu latihan

HVO berpusat di bandar Mostar dan dibahagikan kepada empat buah kor/zon operasi (OZ): 1OZ/Tenggara (Herzegovina) dan 2OZ/Barat Laut Herzegovina, 3OZ/Bosnia Tengah dan 4OZ/Posavina. Sementara tiga buah zon pertama dikumpulkan bersama, Posavina yang terpencil di utara Bosnia pada tebing sungai Sava di sekeliling Orašje dan hanya bergantung pada sokongan daripada Croatia. Terdapat juga sebuah ibu pejabat HCO di enklaf Bihac yang bekerjasama dengan Kor ke-5 ABiH. Setiap OZ mengawal 8-14 buah briged infantri, sebuah batalion polis tentera dan sebuah "Batalion Serangan Ringan".

HVO juga terdiri daripada Rejimen Ante Bruno Busic bersaiz briged yang dianggotai oleh tentera sepenuh masa, dua buah batalion infantri bebas, sebuah batalion artileri anti pesawat ringan, Pasukan Khas dan unit-unit artileri.

Briged PengawalSunting

  1. Briged Pengawal "Bruno Bušić"
  2. Briged Pengawal
  3. Briged Pengawal "Hawks"
  4. Briged Pengawal "Sons of Posavina"
  5. Briged Pengawal

Briged-briged Pengawal merupakan unit dalam H.V.O yang mengendalikan senjata berat tentera darat. H.V.O memiliki sekitar 50 buah kereta kebal, 400 buah artileri, dan 200 buah kenderaan pembawa tentera berperisai.

Briged-briged lainSunting

Terdapat 38 buah briged infantri yang dianggotai oleh tentera simpanan, 19 darinya mempunyai nama/nombor manakala 19 lagi hanya mempunyai nama. Nama-namanya bersempena dengan tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah Croatia dan Bosnian. Setiap briged mempunyai tiga hingga empat buah batalion termasuk unsur-unsur sokongan. Dua buah briged iaitu ke-107 dan ke-109 dipindahkan seluruhnya ke dalam ABiH di sebabkan majoriti anggotanya adalah Muslim, sepertimana Briged ke-108 Muslim yang membentuk Briged Bermotor ke-108 ABiH. Briged ke-107 mejadi Briged ke-107 "Chilvalrous" ABiH sementara ke-109 mejadi Briged Gunung ke-109.

Penstrukturan semula 1993Sunting

Pada 1993, Jeneral Ante Roso telah menstruktur semula HVO selari dengan Tentera Darat Croatia (HV). Empat buah OZ telah didesignasi sebagai Kor Daerah Mosar, Tomislavgrad, Vitez dan Orasje. Orasje termasuk wilayah Bosanska Posavina yang telah mengecil. Empat buah Briged Pengawal ditubuhkan, setiap satunya dianggotai oleh tentera profesional sepenuh masa. 29 buah briged juga diubah menjadi tiga buah batalion Rejimen Pertahanan Dalam Negeri (domobranska pukovnija), biasanya dengan nama dan depot yang sama. Empat buah briged dibubarkan. Polis tentera dikurangkan menjadi sebuah Briged Serangan Ringan di Mostar.

Lapan buah unit HVO berkhidmat di dalam ABiH sementara dua buah briged HVO dipaksa bergabung dalam ABiH. Briged ke-115 menjadi sebahagian daripada Kor ke-2 ABiH sementara Briged Raja Tvrtko menjadi sebahagian daripada Kor Pertama ABiH.

Penerbangan HVOSunting

Tentera Udara HVO dan Artileri anti pesawat telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan terdiri daripada Skuadron Bersatu ke-11, mengoperasikan helikopter dan pengangkutan, dan Skuadron Pemerhatian ke-121 yang mengoperasikan pelbagai pesawat ringan awam dalam tugas-tugas pemerhatian dan komunikasi. Terdapat juga Unit Peluru Berpandu Anti Pesawat ke-14 yang mengoperasikan beberapa sistem SAM berbeza.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Stallaerts, Robert (2010). Historical Dictionary of Croatia (edisi 3rd). m/s. 60. 

Pautan luarSunting