Buka menu utama

Majlis Sains Antarabangsa (ICSU) (bahasa Inggeris: International Council for Science) merupakan gabungan kesatuan-kesatuan sains serta badan-badan sains kebangsaan di dunia. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 1931 sebagai wahana kerjasama antarabangsa dalam kemajuan sains sedunia.

NamaSunting

ICSU pernah dikenali sebagai International Council of Scientific Unions. Walaupun namanya ditukar kepada International Council for Science, singkatan "ICSU" masih disimpan.

KeahlianSunting

Kesatuan-kesatuan sains antarabangsa yang menganggotai ISCU termasuklah Kesatuan Astronomi Antarabangsa, Kesatuan Matematik Antarabangsa dan Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC).

Pautan luarSunting