Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru

Antara Maktab Rendah Sains MARA di Malaysia

Koordinat: 1°31′17″N 103°53′37″E / 1.52132°N 103.89349°E / 1.52132; 103.89349

Maktab Rendah Sains MARA (singkatan: MRSM ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru
مكتب رنده ساءين س مارا جوهر بهرو
Alamat
Bandar Seri Alam
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu
Masai, 81750, Johor
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Johor Bahru
Jenis sekolahPendidikan menengah
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Mohd Hashim bin Norpiah
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Mushala binti Ahmad
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Noorsuhaily bin Ali@Md Noor
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Bazli
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganBeyond Excellence
Nama alumniANSARA Johor Bahru
Laman sesawang

Bangunan akademik MRSM Johor Bahru
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Jawatankuasa sunting

Badan Wakil Pelajar sunting

 
Logo rasmi Badan Wakil Pelajar MRSM Johor Bahru.

Badan Wakil Pelajar (BWP) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di semua MRSM Se-Malaysia untuk menilai pemimpin yang mampu menuju maktab ke arah yang lebih berkembang maju serta cemerlang melalui kebolehan terpendam pelajar. Organisasi ini juga merupakan salah satu jawatan paling berprestij dan penting di MRSM Johor Bahru. Badan Wakil Pelajar telah dipilih melalui beberapa fasa untuk menguji kemahiran, kepintaran dan kepimpinan dalam mengendalikan sistem yang terdapat di maktab. Fasa tersebut merupakan pilihanraya yang wajib disertai oleh semua warga MRSM Johor Bahru, termasuk pelajar-pelajar serta guru. Proses ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) MRSM Johor Bahru. Intipati yang ditunjukkan oleh setiap wakil yang dilantik adalah kunci untuk memupuk persekitaran yang ideal kepada pelajar dan guru.

REDEX sunting

 
Logo rasmi REDEX MRSM Johor Bahru.

REDEX, atau dikenali sebagai "Sidang Redaksi Maktab" merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan oleh Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru. Pelajar terpilih diceburi dengan bakat mengambil foto serta penyuntingan video — seperti acara dan persembah dengan tujuan untuk dipaparkan di dalam majalah sekolah "The Frontier".

Lembaga Disiplin Pelajar sunting

Ditubuhkan bagi membantu Badan Wakil Pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-murid. Lembaga Tatatertib Pelajar atau nama sebenar di MRSM JB ialah Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) akan memikul tanggungjawab untuk mendidik atau menjadi contoh kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah. Lembaga Disiplin Pelajar sentiasa memastikan tiada kes disiplin berlaku.

Lembaga Kebajikan dan Asrama sunting

MRSM Johor Bahru juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diberi nama sebagai Lembaga Kebajikan Asrama (LEKAS). Mereka diberi amanah untuk mengawal dan menjaga asrama. Mereka merupakan ketua bagi pelajar-pelajar semasa di blok asrama. Selain dari menjaga asrama mereka juga harus memastikan kebersihan asrama dan bilik-bilik pelajar terjamin. Kebersihan bilik juga merupakan suatu sikap yang perlu dipupuk dalam diri pelajar agar menjadi seorang yang menjaga kebersihan.

Badan Dakwah dan Rohani sunting

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) suatu nama yang dicipta untuk memimpin pelajar untuk menjadi seorang yang beriman dan beramal. BADAR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan pelajar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Surau merupakan tempat dimana BADAR perlu memainkan peranan yang besar untuk membimbing pelajar agar lebih meminati agama serta menjadi muslim yang sejati.


Galeri sunting


Lagu Maktab sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

♪ Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

♪ Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

♪ Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan sunting


Lihat juga sunting