Templat:Infobox Korean name UU Manhwa (IPA: [manɦʷa]) ialah istilah am Korea bagi komik dan kartun cetak (dan selalu juga kartun animasi). Di luar Korea, manhwa hanya memaksudkan komik buatan Korea Selatan.

Gaya Manhwa sunting

 
Manhwa ukiran kayu terawal, terbitan tahun 1908.

Seni manhwa selama ini dipengaruhi oleh sejarah moden Korea, maka lahirnya kepelbagaian bentuk dan genrenya,[1] termasuk juga gaya arus perdana yang menyerupai manga. Terdapat pelbagai ragam manga dalam sudut komik akhbar, karya berorientasikan seni, dan siri-siri komik web.

Ciri-ciri biasa manhwa:

  • Muka dan mata sering diperbesarkan seolah-olah kartun manakala badannya lebih realistik keseimbangannya.[2]
  • Screentone kecerunan lebih kerap digunakan.
  • Bacaan dari kiri ke kanan.
  • Watak-wataknya berbangsa Korea.
  • Kesan bunyi yang tidak diterjemah bertulisan hangul.

Menurut Christopher Hart, seorang pelukis Amerika Syarikat yang mengarang karya bergaya manga dan manhwa, gaya Korea secara amnya lebih realistik dan kurang kekartunan berbanding manga. Rambut watak manhwa lebih natural berbanding gaya pacak berlebihan yang dilihat dalam kebanyakan manga. Lebih-lebih lagi, berbanding watak-watak bermata besar seolah-olah tak kira kaum dalam kebanyakan manga, muka watak manhwa selalunya lebih berwajah keasiaan.[3]


Penerbit manhwa Korea sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Whatever. » Blog Archive » Manhwa & Cultural Exchange
  2. ^ Brad Brooks; Pilcher, Tim. The Essential Guide to World Comics. London: Collins & Brown. ISBN 1-84340-300-5.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Hart, Christopher (2004). Manhwa mania : how to draw Korean comics (dalam bahasa English). New York: Watson-Guptill Publications. m/s. p.9. ISBN 0-823029-76-X. |pages= has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting

Maklumat manhwa sunting

Artis manhwa popular sunting

Pesta sunting

Persatuan sunting

Kajian sunting