Manmadha Bullets(Malay:Peluru Cupid, English:Cupid Bullets) adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia berbahasa Tamil tahun 2021 yang disiarkan di Astro Vinmeen. Siri ini ditayangkan pada setiap hari minggu pukul 9 malam. Diarahkan oleh Martin R. Chantheran dengan barisan pelakon seperti Thevaguru Suppiah, Akshara Nair, Ravin Rao Santheran, Shabby, Vicky Rao, Santeinii Chandra Bos, Kavitha Sinniah dan Hamsni Perumal[1].Siri ini memulakan tayangan di Slot Drama Tamil Astro Vinmeen Mulai 3 Mac 2023 menggantikan Mante.

Manmadha Bullets
Genre
  • Fantasi
  • Romantis
  • Komedi
  • Remaja
Ditulis oleh
  • Martin R. Chantheran
  • Mitchell R. Chantheran
PengarahMartin R. Chantheran
Dibintangi oleh
  • Thevaguru Suppiah
  • Akshara Nair
Lagu pembukaan"Manmadha Bullets"
Lagu penutup"Manmadha Bullets"
Negara asalMalaysia
BahasaTamil
Bilangan episod14 (Musim 1)
24 (Musim 2)
Penerbitan
Penerbit eksekutifZafirah Tahir
PenerbitWan Hasliza Wan Zainuddin
Penyunting
Tempoh siaran30 minit
Syarikat penerbitan
Keris Media Networks
Penyiaran
Saluran asalAstro Vinmeen HD (Slot Drama Tamil Astro Vinmeen)
Format gambar
Siaran asal3 May 2021 – 31 May 2021
Kronologi
MengikutiMante
Diikuti olehRamarajan


Siri ini juga boleh didapati di Astro on Demand dan Astro GO. Selain itu, ini adalah siri pertama di Malaysia yang membolehkan penonton memimilih pengakhiran kegemaran mereka dengan dengan mengundi dalam tijauan pendapat[2]. Versi alternatif boleh didapati di Astro on Demand & Astro GO[3][4].

Musim kedua siri ini dinamakan "Manmadha Bullets Reloaded" dan mula ditayangkan di Astro Vinmeen pada 7 March 2023[5].

Ikhtisar siri sunting

Siri ini adalah tentang Cupid bernama Madhan dan bagaimana dia membantu pasangan untuk berjaya dalam kehidupan cinta mereka.

Season Episodes Originally aired
First aired Last aired
1 72 03 Mei 2021 (2021-05-03) 31 Mei 2021 (2021-05-31)
2 72 07 Mac 2023 (2023-03-07) Kini

Sinopsis sunting

Musim 1:Manmadha Bullets sunting

Kisahnya bermula pada tahun 2032 di mana Sara, seorang gadis India berusia 11 tahun bertemu dengan Madhan, seorang cupid yang menceritakan kepadanya kisah bagaimana ibu bapanya bertemu 11 tahun lalu.

Kisah ini kembali ke masa lalu hingga 2020 ketika Madhan membantu enam remaja Krishna, John, Gautham, Rebecca, Swathi, dan Bavani mencari cinta sejati mereka.

Tetapi keadaan menjadi lebih buruk apabila campur tangan Madhan dalam hidup mereka menyebabkan kejadian hampir maut dan menyebabkan Dharma, dewa kematian, campur tangan.

Sambil mendengar cerita cupid, Sara cuba mencari tahu siapa antara enam individu ini adalah ibu bapanya.

Musim 2: Manmadha Bullets Reloaded sunting

Manmadha Bullets Reloaded berkisarkan Madhan (Thevaguru Suppiah), Dewa Cinta yang diberikan kes baharu untuk diselesaikan melibatkan anak muda. Bagaimanapun, kali ini, pertaruhannya lebih tinggi dan kesan daripada peristiwa terdahulu menyebabkan lebih banyak cabaran. Plot semakin menebal apabila Madhan sendiri jatuh cinta

Barisan Pelakon sunting

Musim 1 sunting

Musim 2 sunting

  • Thevaguru Suppiah
  • Cellina Jay
  • Irfan Zaini
  • Thasha Krishnakumar
  • Jayashree Vijayan
  • Chandni Nagadurga

Runut Bunyi sunting

Musim 1 sunting

Lagu utama "Manmadha Bullets" menampilkan Kash Villanz sebagai vokalis. Dan, Shamini Shradha sebagai vokal tambahan untuk latar belakang. Lagu tajuk hanya tersedia sebagai Video dalam Saluran YouTube Astro Ulagam

Musim 2 sunting

Runut Bunyi bagi musim 2 ialah‘Meendum Varuvaan’ oleh Kash Villanz, dan ‘Urutture Nee’ oleh Amos Paul dan Neroshen,

Rujukan sunting