Maraton Berlin 2022

Maraton Berlin 2022 ialah edisi ke-48 perlumbaan maraton tahunan di Berlin, yang berlangsung pada Ahad, 25 September 2022.[1][2][3][4] Sebagai satu maraton label platinum elit, ia merupakan maraton pertama daripada empat acara Maraton Major Dunia yang akan diadakan dalam tempoh enam minggu.[5][6] 45,527 pelari dengan 34,879 penamat dari 157 negara telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.[7]

Pelari Kenya, Eliud Kipchoge mencipta rekod dunia maraton baharu, dengan memenangi perlumbaan dengan catatan masa 2:01:09, dan mengalahkan rekod terdahulu milik dirinya pada empat tahun lalu di Berlin, sebanyak 30 saat pantas.[3] Ini ialah kemenangan keempat Kipchoge di Maraton Berlin, menjadikannya pelari kedua untuk memenangi perlumbaan empat kali, selepas pelari Habsyah Haile Gebrselassie.[2][3][6]

Bagi kategori wanita, pelari Habsyah, Tigist Assefa memenangi perlumbaan dengan masa 2:15:37, mencipta rekod baru di Berlin dengan perlumbaan maraton keduanya.[3] Catatan Assefa juga merupakan catatan masa maraton wanita ketiga terpantas kini, dan memecahkan rekod peribadinya sebanyak lebih 18 minit.[8][9]

Atlet kerusi roda Switzerland Marcel Hug meraih kemenangan Maraton Berlin ketujuhnya dengan catatan masa 1:24:56, manakala seorang lagi atlet kerusi roda Switzerland, Catherine Debrunner, memenangi perlumbaan dengan masa 1:36:47 dalam penampilan sulung maratonnya.[3]

Keputusan sunting

Keputusan untuk sepuluh teratas dalam perlumbaan larian dan tiga teratas dalam perlumbaan kerusi roda disenaraikan di bawah.

Keputusan perlumbaan lelaki[10]
Kedudukan Atlet Kewarganegaraan Masa
  Eliud Kipchoge   Kenya 2:01:09 RD
  Mark Korir   Kenya 2:05:58
  Tadu Abate   Habsyah 2:06:28
4 Andamlak Belihu   Habsyah 2:06:40
5 Abel Kipchumba   Kenya 2:06:49
6 Limenih Getachew   Habsyah 2:07:07
7 Kenya Sonota   Jepun 2:07:14
8 Tatsuya Maruyama   Jepun 2:07:50
9 Kento Kikutani   Jepun 2:07:56
10 Zablon Chumba   Kenya 2:08:01
Keputusan perlumbaan wanita[10]
Kedudukan Atlet Kewarganegaraan Masa
  Tigist Assefa   Habsyah 2:15:37 RL
  Rosemary Wanjiru   Kenya 2:18:00
  Tigist Abayechew   Habsyah 2:18:03
4 Workenesh Edesa   Habsyah 2:18:51
5 Sisay Meseret Gola   Habsyah 2:20:58
6 Keira D'Amato   Amerika Syarikat 2:21:48
7 Rika Kaseda   Jepun 2:21:55
8 Ayuko Suzuki   Jepun 2:22:02
9 Sayaka Sato   Jepun 2:22:13
10 Vibian Chepkirui   Kenya 2:22:21
Keputusan perlumbaan lelaki berkerusi roda[11]
Kedudukan Atlet Kewarganegaraan Masa
  Marcel Hug    Switzerland 1:24:56
  Daniel Romanchuk   Amerika Syarikat 1:28:54
  David Weir   United Kingdom 1:29:02
Keputusan perlumbaan wanita berkerusi roda[11]
Kedudukan Atlet Kewarganegaraan Masa
  Catherine Debrunner    Switzerland 1:36:47
  Manuela Schär    Switzerland 1:36:50
  Susannah Scaroni   Amerika Syarikat 1:36:51

Rujukan sunting

  1. ^ "BMW Berlin-Marathon – Berlin.de".
  2. ^ a b "Berlin marathon 2022: Preview, schedule, stars and how to watch".
  3. ^ a b c d e "Berlin Marathon Results – Highlights from the 2022 Berlin Marathon".
  4. ^ "Everything You Need to Know About the 2022 Berlin Marathon – Women's …".
  5. ^ "Events Calendar | World Athletics".
  6. ^ a b "Berlin Marathon preview: Is a record bound to be broken? – Canadian R…".
  7. ^ BERLIN-MARATHON: Zahlen und Rekorde: Die Teilnehmerzahlen 2022
  8. ^ "Tigist Assefa Runs Nearly 20-Minute PR to Destroy Berlin Marathon Course Record". Runner's World. September 25, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-09-25.
  9. ^ "Eliud Kipchoge takes 30 seconds off his men's marathon world record in Berlin". the Guardian. September 25, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-09-25.
  10. ^ a b "48. BMW Berlin-Marathon 2022".
  11. ^ a b "48. BMW Berlin-Marathon 2022".

Pautan luar sunting