Mare Serenitatis ("laut ketenangan") merupakan mare qamari yang terletak di timur Mare Imbrium di Bulan.

Mare Serenitatis
Foto Mare Serenitatis
Koordinat28.0° U, 17.5° T
Diameter707 km
EponimLaut Ketenangan
Peta Mare Serenitatis. Anak panah berwarna menunjukkan tempat mendarat Luna 21, Apollo 15 dan Apollo 17.

Ia terletak antara lekuk Serenitatis, iaitu epok Nectarian. Bahan keliling mare adalah epok Imbrian Bawah, manakala bahan mare adalah epok Imbrian Atas. Basalt mare meliputi kebanyakan lekuk dan melimpah ke Lacus Somniorum ke arah timur laut. Ciri yang paling merupakan kawah Posidonius di gelang timur laut. Ciri gelang ke arah barat mare ini tidak ketara, kecuali bagi Montes Haemus. Mare Serenitatis berhubungan dengan Mare Tranquillitatis ke arah tenggara dan bersempadan dengan Mare Vaporum di barat daya. Mare Serenitatis merupakan satu contoh mascon, kawasan kegravitian anomali di bulan.

"Mare Serenitatis" merupakan Latin bagi "Laut Ketenangan".

Kedua-dua Luna 21 dan Apollo 17 mendarat berhampiran sempadan timur Mare Serenitatis, dalam kawasan Montes Taurus.

Dalam budaya sunting

Sesetengah orang percaya bahawa Mare Serenitatis ialah salah satu mata Orang Bulan.

Dalam Sailor Moon, Mare Serenitatis merupakan bekas lokasi Nusa Bulan.

Mare Serenitatis juga disebut dalam The Sentinel karangan Arthur C. Clarke.