Marielle Heller

pelakon, pengarah dan penulis Amerika Syarikat

Marielle Stiles Heller (lahir 1 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon dan pengarah Amerika Syarikat.[2] Beliau terkenal sebagai pengarah filem The Diary of a Teenage Girl (2015), Can You Ever Forgive Me? (2018) dan A Beautiful Day in the Neighborhood.

Marielle Heller
Heller di Festival Filem Maryland 2016
Kelahiran
Marielle Stiles Heller[1]

(1979-10-01) 1 Oktober 1979 (umur 44)
Marin County, California, Amerika Syarikat
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2001–kini
PasanganJorma Taccone (k. 2007)
Anak-anak1

Latar belakang sunting

Marielle Heller dilahirkan di Marin County, California, dan merupakan anak perempuan Steve Heller, seorang tenaga perubatan, dan Annie Heller, seorang seniman dan guru seni.[3] Beliau membesar di Alameda bersama adik-adiknya, Nate dan Emily.[3] Beliau memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon dan menganggapnya sebagai "cinta pertama."[4] Ketika masih kecil, beliau merupakan ahli Teater Muzikal Alameda Children yang mana beliau muncul dalam empat drama setahun, termasuk peranan Rabbit dalam Winnie the Pooh, Templeton si tikus dalam Charlotte's Web serta Polly dalam The Magician's Nephew.[3]

Beliau berjaya ke teater komuniti serta produksi di Saint Joseph Notre Dame, yang mana beliau melanjutkan pendidikan menengah.[3] Beliau tamat belajar pada 1997.[5] Beliau belajar teater di UCLA dan kemudian di Royal Academy of Dramatic Art, London.[6] Selain itu, beliau menerima ijazah tertinggi Lynn Auerbach Screenwriting Fellowship dan The Maryland Film Festival Fellowship.[7]

Filemografi sunting

Sebagai pengarah sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Pengarah Penulis skrip Catatan
2015 The Diary of a Teenage Girl Ya Ya
2018 Can You Ever Forgive Me? Ya Tidak
[8]
2019 A Beautiful Day in the Neighborhood Ya Tidak

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Pengarah Penulis skrip Catatan
2015 Transparent Ya Tidak Episod: "New World Coming"
2016 Casual Ya Tidak 2 episod

Sebagai pelakon sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 The Liberation of Everyday Life Flora Filem pendek
2010 MacGruber Clocky
2014 A Walk Among the Tombstones Marie Gotteskind
2016 Paper Anchor Caroline
Popstar: Never Stop Never Stopping Kru dokumentari

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2001 White Power Tetamu pesta Filem televisyen pendek
2002 Spin City Carrie Episod: "Eyes Wide Open"
2005 Awesometown Pelayan Filem televisyen pendek
2008 All-For-Nots Heather 2 episod
2009 Single Dads Jill Episod: "Metting Girls in the Park"

Rujukan sunting

  1. ^ "Marielle Stiles Heller". Dicapai pada December 17, 2018.
  2. ^ SAITO, STEPHEN (August 5, 2015). "Interview: Marielle Heller on Seeing Herself in "The Diary of a Teenage Girl"". The Moveable Fest. Dicapai pada December 18, 2018.
  3. ^ a b c d Guthmann, Edward (October 15, 2018). "Alameda's Marielle Heller Is One Hot Hollywood Director". Oakland Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-18. Dicapai pada December 18, 2018.
  4. ^ Dawn, Randee. "Seeing truth in the fraud". Los Angeles Times. New York. Dicapai pada December 18, 2018.
  5. ^ "Marielle Heller '97". Saint Joseph Notre Dame High School (dalam bahasa Inggeris). March 19, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-04. Dicapai pada December 18, 2018.
  6. ^ "Marielle Heller". Playscripts, Inc. Dicapai pada March 9, 2016.
  7. ^ "MD Film Fest | About The Festival | Producers Club". www.md-filmfest.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-21. Dicapai pada January 10, 2016.
  8. ^ McNary, Dave (May 31, 2016). "Melissa McCarthy to Play Novelist and Literary Forger Lee Israel (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada May 31, 2016.

Pautan luar sunting