Mas'ud bin Abdul Rahman

Allahyarham Haji Mas'ud bin Abdul Rahman merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang berasal dari negeri Johor. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1938, di Kampung Liang Batu, Muar Johor.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Kampung Liang Batu, Pagoh, Muar. Selepas darjah empat meneruskan persekolahan di Sekolah Dumpur Tinggi, Muar hingga tamat darjah tujuh pada tahun 1957. Melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah Agama di Johor Bahru. Mengambil peperiksaan SRP secara persendirian pada tahun 1961 .

Beliau menceburkan diri dalam bidang pendidikan ketika berumur 15 tahun lagi, apabila diterima menjadi guru sandaran di sebuah sekolah Cina Liang Batu, Muar. Beliau kemudian berpindah mengajar di Sekolah Cina Chian Chip, Pelentong, Masai, Johor. Ketika inilah beliau menerima latihan guru secara pos, ketika itu dikenali sebagai (TOUS). Pada tahun 1980 beliau ditukarkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Kangkar Teberau, Johor Bahru. Hinggalah beliau meletakkan jawatan kerana bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Johor Bahru pada tahun 1988. Pernah menjadi Setiausaha 1 dan seterusnya pernah menyandang Ketua Satu PPJ pada tahun 1993 hingga 1996 (kembali kerahmatullah pada 15 November).

Haji Mas’ud Abdul Ramhan aktif menulis sekitar tahun-tahun awal 60-an hingga 70-an. Beliau banyak menghasilkan cerpen dan esei dan kritikan. Kumpulan cerpen beliau telah diterbitkan pada tahun 1966 dengan judul ‘Turun Ke Lembah Gunung’ mengandungi 15 buah cerpen.

Beliau turut mengasaskan Persatuan Penulis Johor (PPJ) yang ditubuhkan pada tahun 1967. Beliau merupakan Bendahari dalam Jawatankuasa Penaja tahun 1966. Setelah persatuan didaftarkan beliau kekal sebagai bendahari sehingga pada tahun 1970 beliau dipilih sebagai Setiausaha Satu PPJ. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa GAPENA (Gabungan Penulis Nasional Malaysia).

Pautan luar sunting