Masalah 100,000 tahun

Masalah 100,000 tahun (juga dikenali sebagai masalah 100 kilotahun atau masalah 100 kiloanum) di bawah teori Milankovitch yang berkaitan dengan paksaan orbit merujuk kepada percanggahan antara rekod suhu geologi anggaran dan jumlah sinaran suria masuk anggaran, atau penyuriaan sepanjang 800,000 tahun yang lalu.[1] Disebabkan oleh variasi dalam orbit Bumi, jumlah penyuriaan berbeza-beza dengan tempoh masa sekitar 21,000, 40,000, 100,000 dan 400,000 tahun. Variasi dalam jumlah kejadian pemacu tenaga suria mencetuskan perubahan dalam iklim Bumi, dan diiktiraf sebagai faktor utama dalam pemasaan mula dan tamatnya pengglasieran.

δ18O, suatu proksi jangkaan suhu, untuk tempoh masa 600,000 tahun terkini (purata daripada beberapa sampel karbonat sedimen laut dalam)[a]

Walaupun terdapat kitaran Milankovitch dalam julat 100,000 tahun yang berkaitan dengan kesipian orbit Bumi, sumbangannya terhadap variasi penyuriaan adalah jauh lebih kecil berbanding sumbangan dari liukan dan kecondongan paksi bumi. Masalah 100,000 tahun merujuk kepada kekurangan penjelasan yang jelas untuk keberkalaan zaman ais setiap 100,000 tahun untuk sejuta tahun yang lalu, tetapi tidak sebelum ini, apabila keberkalaan dominan berpadanan dengan 41,000 tahun. Peralihan yang tidak dapat dijelaskan antara dua aturan keberkalaan dikenali sebagai Peralihan Pertengahan Pleistosen, bertarikh kira-kira 800,000 tahun dahulu.

Masalah 400,000 tahun yang berkaitan merujuk kepada ketiadaan keberkalaan 400,000 tahun disebabkan oleh kesipian orbit dalam rekod suhu geologi sepanjang 1.2 juta tahun yang lalu.[2]

Peralihan dalam keberkalaan daripada 41,000 tahun kepada 100,000 tahun kini boleh diterbitkan semula dalam simulasi berangka yang merangkumi trend penurunan karbon dioksida dan penyingkiran regolit aruhan glasier, seperti yang dijelaskan dengan lebih terperinci dalam rencana bertajuk Mid-Pleistocene Transition.[3]

Nota sunting

  1. ^ Sumber data ini tidak diketahui

Rujukan sunting

  1. ^ Raymo, Maureen E.; Nisancioglu, Kerim H. (2003). "The 41 kyr world: Milankovitch's other unsolved mystery". Paleoceanography. 18 (1): 1011. Bibcode:2003PalOc..18.1011R. doi:10.1029/2002PA000791. All serious students of Earth's climate history have heard of the '100 kyr problem' of Milankovitch orbital theory, namely the lack of an obvious explanation of the dominant ~100 kyr periodicity in climate records of the last 800,000 years.
  2. ^ Huggett, Richard J. (2006). The natural history of the Earth : debating long-term change in the geosphere and biosphere. London: Routledge. ISBN 0-203-00407-8. OCLC 77059125.
  3. ^ Brovkin, V.; Calov, R.; Ganopolski, A.; Willeit, M. (April 2019). "Mid-Pleistocene transition in glacial cycles explained by declining CO2 and regolith removal". Science Advances. 5 (4): eaav7337. doi:10.1126/sciadv.aav7337. PMC 6447376. PMID 30949580.