Masjid Al-Iman, Singapura
Masjid Al-Iman ialah sebuah masjid di Singapura yang terletak di kawasan Bukit Panjang. Masjid setinggi empat tingkat ini dibuka secara rasmi pada September 2004 dan boleh menampung 5,000 orang jemaah. Bangunan masjid ini terdiri daripada sebuah tempat letak kereta bawah tanah, 18 buah bilik darjah, auditorium yang boleh memuatkan 130 orang dan lif di setiap tingkat.
مسجد الإيمان Masjid Al-Iman | |
---|---|
Maklumat am | |
Dibuka pada | 2003 |
Maklumat geografi | |
Lokasi | 10 Bukit Panjang Ring Road Singapura 679943 |
Koordinat | 1°22′41″N 103°46′22″E / 1.3779362°N 103.7728394°EKoordinat: 1°22′41″N 103°46′22″E / 1.3779362°N 103.7728394°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. menara | 6 |
Kapasiti jemaah | 5,000 |
Lokasi | |
sunting |
Reka bentuk
suntingMasjid ini mempunyai enam buah menara, setiap satu melambangkan rukun iman dalam agama Islam. Menara yang tertinggi melambangkan sifat keterbukaan dan kejayaan.