Masjid Kul Sharif

(Dilencongkan dari Masjid Qolşärif)

Masjid Qolşärif ([kɔlʃæˈri:f], juga disebut Qol Sharif, Kol Sharif, Qol Sherif melalui Bahasa Tatar: Колшәриф мәчете dan Kul Sharif melalui Rusia: мечеть Кул-Шариф) yang terletak di Kazan, Republik Tatarstan ialah masjid terbesar di Rusia, dan Eropah.

Masjid Qolsharif
[[Fail:Masjid Qolşärif|260px]]
Maklumat am
Dibuka pada2005 (dibina semula)
Tempoh pembinaan9 tahun
Maklumat geografi
LokasiKazan, Rusia
Maklumat pembinaan
Bil. tingkat2
Bil. menara8

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebenarnya, masjid ini dibangun di Kremlin Kazan pada abad ke-16. Ia dinamakan bersempena Imam Qolşärif yang bekerja di situ. Qolsharif meninggal dunia bersama-sama ramai pelajarnya ketika mempertahankan Kazan dari pendudukan Rusia tahun 1552. Diketahui bahawa bangunan ini memiliki menara, dalam bentuk kupola dan tenda. Bentuknya tradisional untuk Bulgaria Volga, meskipun unsur Renaissance awal dan seni bina Uthmaniyah juga digunakan. Pada tahun 1552, semasa serangan Ivan IV ke Kazan masjid ini dihancurkan oleh Rusia.

Sarjana Tatar menyatakan beberapa bahagian Masjid Qolşärif dapat dilihat di Katedral Santo Basil di Moscow (8 menara, kupola tengah, tidak biasa bagi seni bina Rusia). Sejak 1996 masjid ini telah dibangun kembali di Kremlin Kazan, walaupun bentuknya sedikit moden. Perasmiannya pada 24 Julai 2005 menandakan awal perayaan satu alaf pengasasan Kazan.

Beberapa negara ikut menyumbang dalam pembangunan masjid Qolsharif, terutama Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Qolsharif dianggap sebagai salah satu simbol terpenting dari keinginan Tatar untuk merdeka dan bebas.

Hari ini fungsi utama masjid tersebut menjadi Muzium Islam. Pada waktu yang sama selama hari raya Islam ribuan orang berkumpul di sana untuk menunaikan ibadah solat.

Kompleks Qolsharif dianggap menjadi titik lanskap seni bina Kazan terpenting. Selain bangunan masjid utama, terdapat juga perpustakaan, rumah penerbitan dan pejabat para Imam.

Pautan luar sunting

Koordinat: 55°47′54″N 49°06′18″E / 55.79833°N 49.10500°E / 55.79833; 49.10500