Mediacorp Vasantham
(Dilencongkan dari MediaCorp Vasantham)
Vasantham (Bahasa Tamil: வசந்தம், translit. Vacantam, lit. 'musim bunga') ialah saluran televisyen percuma dari Singapura yang dimiliki oleh Mediacorp. Rangkaian ini memberi tumpuan kepada komuniti India Singapura di negara ini. Ia pada asalnya dilancarkan pada 1 September 1995 sebagai Premiere 12. Kandungan rancangan berbahasa Tamil disertakan pada 30 Januari 2000 apabila saluran tersebut dijenamakan semula sebagai Central, dan kemudian dijenamakan semula sebagai saluran bahasa Tamil yang bebas pada 19 Oktober 2008.
Negara | Singapura |
---|---|
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Bahasa Tamil |
Pemilikan | |
Pemilik | MediaCorp |
Sejarah | |
Pautan | |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
Kabel | |
Satelit | |
IPTV | |
Media penstriman | |
Radio satelit |
Waktu SiaranSunting
Berikut inilah waktu siaran Vasantham:
- Setiap Hari: 9:00 pagi - 12:00 tengah malam
Kadang-kadang terdapat siaran daripada Oli 96.8FM daripada 12 tengah malam sehingga siaran bermula.