Menempah bidan atau kirim perut ialah upacara adat resam orang Melayu bagi bakal ibu yang mengandung tujuh bulan anak pertamanya.[1] Tujuan asal upacara ini adalah untuk menentukan dan merasmikan bidan yang akan menyambut kelahiran bayi. Asal usul upacara ini diadakan atas sebab takut tiada bidan yang akan membantu pada hari kelahiran bayi dan tidak kelam-kabut.[2]

Upacara ini sudah jarang diamalkan berbanding melenggang perut namun masih diamalkan oleh kerabat diraja Melayu.[3]

Upacara sunting

Istiadat menempah bidan diurus oleh mertua wanita hamil dengan menyediakan alat melenggang perut dan menempah bidan. Persiapan dengan menghias rumah untuk majlis ini baik dilakukan pada hari Khamis malam Jumaat.[4] Adat ini biasanya dilakukan pada 21-29 bulan Hijrah dan pada hari Rabu atau Khamis.[5] Upacara ini dimulakan dengan alunan marhaban serta diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.[6] Istiadat ini juga diikuti dengan istiadat melenggang perut dan wanita yang mengandung itu akan direnjis air bunga mawar oleh ahli keluarga.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Zainal Abidin, Danial. Minda Muslim Super. Kuala Lumpur: PTS Millennia. m/s. 65. ISBN 978-983-3603-19-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 2020-05-27.
  2. ^ "6 Tips Agar Cekal Berpantang Sendiri". Danita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  3. ^ "Agong berangkat ke Istiadat Menempah Bidan Tengku Puteri Iman". Sinar Harian. 20 Jun 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  4. ^ Adat-Adat Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Masyarakat Islam Di Jajahan Tanah Merah (PDF). m/s. 98. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 2020-05-27.
  5. ^ "Masyarakat Melayu". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  6. ^ Mohamed, Hamizatul Maizan (21 Jun 2019). "Manis & Berseri-seri Tengku Puteri Iman Afzan Ketika Istiadat Menempah Bidan Di Istana Negara". Nona. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  7. ^ "Agong berangkat ke Istiadat Menempah Bidan". Harian Metro. 20 Jun 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.