Michael D'Oliveiro

Michael D'Oliveiro merupakan bekas wartawan dan penulis iklan yang memulakan kerjayanya di Melbourne, di mana beliau bekerja untuk drama TV dan juga mengarahkan banyak video muzik untuk kumpulan muzik tempatan. Michael D’Oliveiro kembali ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya sebagai pengarah iklan TV dan bekerjasama dengan ramai artis sebelum menceburi dunia pengiklanan sebagai pengarah kreatif.

Michael mengilhamkan idea Kerana Karina berasaskan pengalamannya dalam industri muzik, tetapi cukup berhati-hati mengadunkan fakta dengan cereka untuk mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Pautan luar sunting