Microsoft Academic Search

Microsoft Academic Search merupakan sebuah projek penyelidikan dan enjin pencarian akademik yang telah ditamatkan pada tahun 2012.[1] Namun begitu, ia dilancarkan semula pada tahun 2016 dan dikenali sebagai "Microsoft Academic".

Microsoft Academic Search
Jenis laman web
Pangkalan data bibliografik
PemilikMicrosoft
URLhttp://academic.research.microsoft.com
KomersialTidak

SejarahSunting

Microsoft telah melancarkan sebuah alat carian yang dikenali sebagai "Windows Live Academic Search" pada tahun 2006 untuk bersaing dengan Google Scholar.[2] Setahun kemudian, namanya ditukar kepada "Live Search Academic" tetapi dihentikan dua tahun kemudian.[3] Pada tahun 2009, Microsoft Research Asia Group melancarkan sebuah alat beta yang dikenali sebagai "Libra" pada tahun 2009 untuk penyelidikan algoritma dalam pencarian vertikal objek peringkat atau object-level vertical search,[4] perlombongan data, menghubungkan entiti dan visualisasi data.[5] LLibra dialihkan ke perkhidmatan MAS menjelang 2011 dan mengandungi 27.2 juta rekod untuk buku, kertas persidangan, dan jurnal.[3]

Walaupun berfungsi secara besar-besaran, perkhidmatan ini bertujuan untuk menjadi laman web produksi dan tidak dikembangkan memandangkan matlamat penyelidikan projek telah tercapai. [6] Perkembangan perkhidmatan ini telah dihentikan pada tahun 2012.[1][7]

pada Julai 2014, Microsoft Research mengumumkan bahawa Microsoft Academic telah berkembang dari sebuah projek penyelidikan kepada sebuah perkhidmatan produksi, dan akan berintegrasi dengan enjin carian Microsoft, Bing dan Cortana.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b "Microsoft Academic Search FAQ". Dicapai pada 29 January 2017.
  2. ^ Carlson, Scott (April 2006). "Challenging Google, Microsoft Unveils a Search Tool for Scholarly Articles". Chronicle of Higher Education. 52 (33): A43. Dicapai pada 29 January 2017.
  3. ^ a b Jacsó, Péter (2011). "The pros and cons of Microsoft Academic Search from a bibliometric perspective". Online Information Review. 35 (6): 983–997.
  4. ^ "Microsoft Research News: Search Objective Gets a Refined Approach". Microsoft Research. Dicapai pada February 20, 2014.
  5. ^ "Microsoft Research Projects - Academic Search". Microsoft Research. Diarkib daripada yang asal pada February 25, 2014. Dicapai pada February 20, 2014. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  6. ^ "About Microsoft Academic Search". Microsoft Research. Diarkib daripada yang asal pada February 13, 2014. Dicapai pada February 20, 2014. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  7. ^ Orduna-Malea, Enrique; Juan Manuel Ayllon; Martin-Martin, Alberto; Emilio Delgado Lopez-Cozar (2014). "Empirical Evidences in Citation-Based Search Engines: Is Microsoft Academic Search dead?". Online Information Review. 38 (7): 936. arXiv:1404.7045. doi:10.1108/OIR-07-2014-0169.

Pautan luarSunting