Mid Valley City (bahasa Melayu "Bandar Lembah Tengah") adalah projek pembangunan bercampur di Kuala Lumpur, Malaysia. Projek pembangunan merangkumi kompleks membeli belah The Gardens dan Mid Valley Megamall.Pembangunan itu disiapkan pada 1999 iaitu fasa 1 apabila Mid Valley Megamall dibuka secara rasminya.Fasa kedua pula siap pada 2007 sejurus pembukaan The Gardens Mall dan beberapa bangunan pejabat baharu.

Capaian sunting

It is accIa boleh dicapai melalui kedua-dua jalan dan pengangkutan rel. Pengangkutan rel adalah melalui KTM Komuter melalui stesyen Komuter Mid Valley sementara secara tidak langsung melalui sistem laluan rel RapidKL melalui stesyen LRT Abdullah Hukum. Stesyen KTM bersambung secara langsung dengan Mid Valley Megamall. Menurut laman web korporate, syarikat tersebut sedang cuba mendapatkan kelulusan bagi membina jambatan untuk menyambungkan kompleks membeli belah The Gardens ke stesyen LRT, dengan itu ia meningkatkan sambungan antara kedua bangunan. Mid Valley City merupakan hentian bagi laluan bas RapidKL yang lelau di sini seperti B105, B116 dan U66.

Status MSC sunting

Mid Valley City telah dianugerahkan status Pusat Siber Malaysia Koridor Raya Multimedia ("MSC") sejak 22 September 2008. Pejabat sedang dibangunkan yang menawarkan kadar pusat data pada harga bersaing dan capaian jalur lebar kelajuan tinggi.[1]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Mid Valley City gets MSC status". the Star. 2008-09-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-26. Dicapai pada 2008-09-26.

Pautan luar sunting


Koordinat: 3°07′05″N 101°40′37″E / 3.117933°N 101.676847°E / 3.117933; 101.676847