Miriam Rogers (lahir 27 Januari 1956) ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Peranan filemnya yang terkenal ialah Gung Ho (1986), Someone to Watch Over Me (1987), dan Desperate Hours (1990). Beliau menerima pujian terbesar dalam kerjayanya untuk peranannya dalam drama keagamaan The Rapture (1991), dengan pengkritik Robin Wood menyatakan bahawa beliau "memberikan salah satu persembahan terbaik dalam sejarah perfileman Hollywood."[1]

Mimi Rogers
Mimi Rogers di tayangan perdana Earth pada April 2009
Kelahiran
Miriam Spickler

(1956-01-27) 27 Januari 1956 (umur 68)
PekerjaanPelakon, Penerbit
Tahun aktif1981 - kini
Ahli lembagaWorld Poker Tour
Pasangan
  • James Rogers (k. 1976; c. 1980)
  • Tom Cruise (k. 1987; c. 1990)
  • Christopher Ciaffa
    (k. 2003)
Anak-anak2

Mimi Rogers telah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau berkahwin dengan James Rogers pada tahun 1976 dan mengambil nama belakangnya, mereka bercerai pada tahun 1980.[2] Beliau kemudian menjalin hubungan dengan Emilio Estevez. Pada 9 Mei 1987, beliau menikah dengan pelakon Tom Cruise dalam sebuah upacara di New York, perkahwinan terkandas pada akhir tahun 1989, dan perceraian diselesaikan pada Februari 1990.

Rujukan sunting

  1. ^ Wood, Robin (2003). "Prologue". Hollywood from Vietnam to Reagan – and Beyond (ed. Expanded & revised). New York City: Columbia University Press. m/s. xxxvii. ISBN 978-0-23112-966-4.
  2. ^ "Companions for Mimi Rogers". TCM.com. Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2020.

Pautan luar sunting